Apabila bicara soal tempat makan, tidak dinafikan bahawa membuat pilihan yang tepat sering menjadi cabaran—terutamanya apabila ingin mencari lokasi yang menyajikan hidangan lazat serta sesuai untuk dinikmati bersama keluarga atau rakan-rakan. Untuk anda yang sedang mencari kelainan dan ingin mencuba sesuatu yang baru, jom teroka 6 restoran & kafe terbaru di sekitar KL ini!
The Industry
Sebuah ruang makan moden yang baru dibuka The Five membawakan gaya yang minimalis. Makanan yang dihidang lebih fokus kepada masakan fusion Barat dan Asia, menjadikannya pilihan utama bagi mereka yang ingin menikmati hidangan berkualiti dalam suasana santai tetapi ekslusif.
Lokasi: The Five
Buka setiap hari (11am - 11pm)
Khamis - Sabtu (11am - 12am)
View this post on Instagram
Ippo Cafe
Membawakan vibe Jepun ke tengah-tengah bandar dengan menu yang memfokuskan kepada minimalisme dan rasa autentik. Kopi artisanal dan hidangan Asia menjadikan kafe ini popular dalam kalangan pencinta kafe dan penggemar aesthetic. Rekaan dalamannya yang bersih dan tenang turut menarik golongan muda yang mencari tempat bersantai.
Lokasi: Subang Jaya
Buka setiap hari kecuali Khamis (8am - 6pm)
View this post on Instagram
Rhea Dining
Salah satu restoran yang menawarkan pengalaman fine dining. Setiap menu direka dengan cara tertentu yang menggabungkan rasa dan kreativiti makanan tersebut. Ia merupakan lokasi yang sesuai bagi mereka yang mencari kelainan dan ingin menikmati makanan dalam suasana mewah. Rhea Dining juga mengangkat bakat tempatan dengan pendekatan moden terhadap masakan Asia.
Lokasi: Menara Milenium
Isnin - Jumaat (7:30am - 3pm)
Sabtu - Ahad (9am - 3pm)
Makan malam disajikan dari 6pm - 10pm
View this post on Instagram
Fennel & Co.
Fennel & Co. menjanjikan lebih daripada sekadar sajian enak – ia menjanjikan sebuah pengalaman yang menarik dan citarasa baru. Restoran yang berkonsepkan kejiranan yang baru dibuka, mengajak anda untuk melangkah masuk ke satu ruang yang terasa seperti di rumah anda sendiri. Ia juga komited dalam mengamalkan prinsip halal yang bukan hanya penting, tetapi sebagai penghormatan kepada pelanggan.
Lokasi: Bukit Tunku
Buka setiap hari (8am - 10pm)

Benihana
Antara restoran yang terkenal dengan gaya memasak teppanyaki secara langsung di hadapan pelanggan. Ia bukan sahaja menyajikan makanan, tetapi juga pengalaman yang menarik. Chef mereka menunjukkan kemahiran dalam memasak sambil berinteraksi dengan pelanggan – satu konsep yang terus relevan dan diminati ramai, terutama sekali dalam kalangan keluarga dan pelancong.
Lokasi: Suria KLCC
Buka setiap hari (10am - 10pm)
View this post on Instagram
JHOL KL
JHOL KL menampilkan sajian India yang moden, diinspirasikan daripada warisan kulinari negara seperti Tamil Nadu, Kerala dan Karnataka. Menggabungkan bahan segar dan teknik masakan yang inovatif, JHOL KL memperkenalkan rasa yang kaya dan eksotik dalam suasana kontemporari. Ia merupakan pilihan ideal untuk mereka yang ingin mencuba sesuatu yang berbeza.
Lokasi: The Met Corporate Tower
Buka setiap hari (12pm - 11pm)
View this post on Instagram