Langgan

Evolusi Gaya Mewah Legasi Bvlgari

BVLGARI mengangkat semula warisan elegan dalam seleksi timeless - Serpenti, Bzero1, Bvlgari Tubogas, Divas’ Dream dan Octo.
3 minit untuk membaca
Published: June 23, 2025

Bvlgari meneruskan legasi keagungannya dengan penuh gemilang yang diilhamkan daripada naratif Eternally Reborn menjelmakan seni ciptaan indah menjadi ikon abadi yang sentiasa berevolusi namun tidak pernah lari daripada identiti tersendiri. Dalam setiap hela nafas rekaannya, tersirat semangat kelahiran semula yang mewah dan menawan. Bagi membuka bab baharu ini, Maison melancarkan siri aktivasi eksklusif merentasi pelbagai platform, meraikan keanggunan dan daya tarikan koleksi ikonik yang terus mempesona merentas waktu.

Dari Roma ke Dunia: Simfoni Keanggunan Abadi Bvlgari

Bvlgari mengangkat estetika Itali ke satu tahap yang lebih agung. Dari rekaan lengkung memukau Serpenti yang sensual, ke siluet feminin Divas’ Dream, sehinggalah ke seni bina dramatik B.zero1 dan kehalusan mekanikal Octo, setiap koleksi tampil sebagai lambang ketukangan tinggi dan cita rasa mewah yang tidak ditelan zaman. Inilah keanggunan abadi yang terpatri dalam DNA maison, menzahirkan semula warisan menjadi pesona masa kini.

Aktivasi Kempen Eternally Iconic

Bvlgari membuka lembaran baharu menerusi kempen Eternally Iconic untuk membawa anda menyelami dunia ciptaan abadi jenama ini. Bermula Jun ini, Bvlgari mempersembahkan pengalaman eksklusif dan siri dokumentari digital bertajuk Reborn Series: Iconic Stories, yang menampilkan ikon global seperti Zendaya, Damiano David, Anne Hathaway, Priyanka Chopra Jonas dan Lorenzo Viotti.

Kemuncaknya kempen ini adalah pada bulan Julai 2025, kelas eksklusif Eternally Iconic Masterclasses akan dianjurkan bersama Lucia Silvestri dan Fabrizio Buonamassa Stigliani, figura kreatif di sebalik rekaan barang kemas dan jam tangan Bvlgari. Disediakan khas buat tetamu terpilih, sesi ini memberi pandangan mendalam terhadap seni ketukangan dan visi artistik maison. Pengalaman butik yang disesuaikan turut memperkayakan lagi apresiasi terhadap kehalusan rekaan Bvlgari.

Serpenti

Serpenti bukan sekadar simbol gaya, ia adalah gaya hidup yang meraikan keberanian untuk berubah, berkembang, dan bersinar mengikut cara tersendiri. Sejak 1948, rekaan ikonik ini menjadi nadi kepada dunia Bvlgari, mewakili transformasi dan kelahiran semula yang elegan. Jam tangan Serpenti pertama yang membalut pergelangan tangan dengan teknik Tubogas mencipta impak yang berani dan futuristik, seolah-olah setiap lilitan membawa bersama keyakinan baharu.

Kini, Serpenti terus berevolusi melangkaui sempadan tradisi dan hadir dalam jam tangan dan aksesori yang menggambarkan keindahan imaginasi dan seni pertukangan yang luar biasa. Untuk wanita yang tahu ke mana hala tujunya, dan tampil mempesona dalam setiap fasa kehidupannya.

Diva's Dream

Divas’ Dream bukan sekadar perhiasan, ia adalah gaya hidup yang meraikan kelembutan, kecantikan dan kekuatan dalaman wanita moden. Dengan bentuk kipas ikonik yang diinspirasikan daripada mozek lantai Mandian Caracalla di Roma, rekaan ini memancarkan aura keanggunan yang tak lapuk dek zaman.

Seperti cahaya matahari yang menari di atas marmar kota purba, setiap rekaan koleksi Divas’ Dream menangkap pesona Roma dan membawanya ke dalam gaya harian, menjadikan setiap momen terasa lebih mewah, lebih berseni, dan lebih peribadi. Untuk wanita yang tidak hanya bergaya, tetapi hidup dengan cahaya tersendiri.

Bvlgari Tubogas

Teknik Tubogas mula diperkenalkan oleh Bvlgari pada lewat tahun 1940-an menerusi jam tangan Serpenti, rekaan yang melilit pergelangan tangan dengan gaya yang sleek dan sofistikated. Sejak itu, Tubogas terus berevolusi menjadi simbol gaya moden yang memadukan seni reka bentuk dan keanggunan teknikal.

Tahun 2024 menyaksikan kemunculan semula teknik inovatif ini menerusi koleksi Bvlgari Tubogas, mengangkat gaya berani avant-garde daripada sekadar ikon jenama terunggul dengan seni pertukangan emas yang unggul dan rekaan yang tiada tandingan.

B.zero1

Koleksi B.zero1 mula diperkenalkan pada tahun 1999 sebagai cincin yang menggabungkan elemen epigrafi Rom kuno pada logo Bvlgari dengan garisan industri spiral Tubogas. Seiring waktu, bentuknya yang ikonik menjadi kanvas untuk seniman kontemporari dan pentas eksperimentasi tanpa batas, mencipta semula peraturan dalam dunia barang kemas.

Dalam pelbagai interpretasinya yang unik dan eklektik, sama ada melalui penggunaan seramik dan marmar, atau variasi tona emas yang berbeza, B.zero1 terus menyerlah sebagai simbol inovasi berwawasan yang melangkaui arus fesyen semasa.

Octo

Tidak bulat, tidak juga segi empat, rekaan Octo adalah simbol keanggunan maskulin yang diinspirasikan daripada warisan seni bina Rom yang agung. Simbiosis bentuk lapan sisi dan bezel bulat ini bukan sekadar mencabar norma reka bentuk jam tangan klasik, malah mencipta satu identiti tersendiri yang ultra-modennya kekal elegan.

Sejak pengenalan Octo Finissimo Tourbillon pada tahun 2014, jam tangan ini diiktiraf sebagai jam tourbillon mekanikal ternipis di dunia dan saga Octo terus mengukir sejarah dengan 10 rekod dunia dalam masa 11 tahun. Diperbuat daripada material eksklusif dan penuh ketepatan, koleksi ini adalah pilihan sebenar lelaki sofistikated yang menghargai gaya, inovasi, dan craftmanship tinggi. Satu lambang gaya hidup urban kontemporari yang tak lapuk dek masa.

ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down