Serlahkan aura berbeza dengan gincu pusam Spike Valentino, 13 warna, 13 karakter? Why not!

Item cantik yang wajib ada bagi setiap girlies, tentulah gincu! Tidak kira sama ada ke pejabat, bersiar-siar, ke parti mahu pun ketika running errands, tidak lengkap rasanya keluar rumah tanpa calitan gincu di bibir. Sapuan manja pun jadilah, janji bibir disuntik rona.
Valentino Beauty perkenalkan Spike Valentino, gincu bertekstur pusam baharu yang hadir dengan 13 rona menarik. Apa yang menarik, gincu yang memberi kemasan pusam ini bukan saja berpigmentasi tinggi malah ronanya yang menarik mampu menghasilkan 13 pesona yang memukau pada si pemakai.
Gincu Spike Valentino ini juga hadir dengan 6 rona refill. Impak gincu ini pada bibir boleh dikatakan sama dengan impresi pertama yang memukau pada rekaan bekas gincu ini. Bekas gincu dengan material aluminium bermagnet ini cukup edgy dan punyai estetik ikonik, membuat siapa saja memandangnya, tahu ia adalah ‘studs’ signatur Valentino. Sejujurnya agak sukar untuk tidak memandang rupa semata, tapi jangan risau, formula yang digunakan adalah seiring dengan vibe gincu ini! Memberikan efek bold namun cukup feminin pada pandangan pertama.
Ikon Valentino

Inspirasi dari Valentino Garavani Rockstud Spike Bag, gincu Spike Valentino menjadi ikon label terkenal dari Paris ini baik dari segi rekaannya juga formula. Dua dunia gergasi iaitu kecantikan dan Couture bergabung mengilhamkan produk yang diidamkan wanita serata dunia. Bekas gincu monokrom aluminium dengan stud ikonik Maison Valentino bertutup magnet menyerlahkan lagi siluet peluru ultra-slim. Spike Valentino merupakan simbol sebenar wanita edgy, tribut kepada warisan rumah fesyen ini yang disulami unsur edgy.
Formula era baharu
Hadir dengan formula yang lebih inovatif, menghasilkan warna yang lebih terang, kemasan lebih pusam namun tidak mengeringkan, menjadikan pemakaian gincu ini selesa dalam masa yang sama cukup menyerlah.
Spike Valentino sememangnya gincu yang mampu melengkapi kemahuan anda, memberi kemasan ultra matte sambil memberi ilusi rona yang menyerlah. Pakej ini mampu menyuntik aura yang diidamkan semua wanita.
Apa yang menarik untuk formula terbaharu koleksi gincu Spike Valentino ini adalah ia hadir dengan rona yang lebih menyerlah, iaitu 12% lebih kepekatan pigmen, digandingkan pula dengan Roma Light ComplexTM untuk membuat kemasan pusam gincu ini lebih mulus dan tampak menyerlah.
Gincu ini juga diperkaya dengan minyak kapas menjadikan setiap olesan pada bibir lebih mulus dan menghidrat bibir dengan sempurna selama 14 jam.
Warnanya juga kekal lebih lama pada bibit iaitu selama 10 jam hasil dari kepekatan pigmen yang tinggi. Cukup serasi untuk digayakan dari siang ke malam!

Cara pemakaian untuk bibir mungil menyerlah!
Pilih sahaja antara 13 warna yang ditawarkan, setiap satunya punyai sisi edgy dan feminin yang tersendiri, ikut mood anda untuk gayakan personaliti yang mana.
Pertama sekali gunakan teknik signatur Valentino Beauty iaitu oleskan gincu membentuk ‘V’ pada cupid bow bibir anda. Lukiskannya dari sudut luar naik ke atas dan bertemu di cupid bow, dan ulanginya untuk sebelah lagi. Tandakan dengan gincu pada bahagian tengah bawah bibir, dan dari sudut luar bawa ke bahagian tengah yang ditanda tadi dan ulangi langkah ini untuk sebelah lagi. Teknik ini mampu menghasilkan ilusi bibir penuh dan mungil!
Rona Spike Valentino yang ditawarkan:
77A - NUDE IN ROMA
100R - STAND OUT IN NUDE
111A - UNDRESSED VELVET
115R - 5AM NUDE
123R - SPIKE A POSE
134R - COUTURE IN THE STREET (STAR SHADE)
135A - BETTER CRYING IN A LIMO
200A - RED FIESTA
302R - PINK IS PUNK
410A - ON TOP OF THE WORLD
415R - BORN TO BE EXTRA
508R - IT’S VALENTINO BABY (STAR SHADE)
600A - PUT A SPIKE ON IT (STAR SHADE)