Langgan

Pierpaolo Piccioli Mengepalai Balenciaga & Apa Dalam Kiriman Suratnya?

Warkah istimewa Pierpaolo Piccioli sebagai tanda penghargaan!
2 minit untuk membaca
Published: May 21, 2025

“Nilai estetika jenama Balenciaga tidak pernah berkarat. Ia sangat menarik, kerana memberi peluang kepada saya untuk menerokai sebuah jenama yang penuh dengan segala kemungkinan. Saya menghargai Demna Gvasalia dan ini adalah peluang untuk saya mencorakkan kebaharuan pada jenama Balenciaga,” kongsi Pierpaolo Piccioli pabila dilantik sebagai Pengarah Kreatif Balenciaga yang baharu. 

pierpaolo piccioli

Kumpulan Kering dan Balenciaga mewartakan khabar pelantikan Pierpaolo Piccioli sebagai Pengarah Kreatif Balenciaga yang baharu bermula pada bulan Julai ini. Balenciaga membibit matlamat dengan pelantikan Pierpaolo menyandang tugas ini atas dasar pengalaman luasnya serta kecendekiawan dan pandangan kreatif yang mendalam. Pierpaolo akan terus menegapkan jenama Balenciaga setelah dikemudi selama sedasawarsa oleh Demna Gvasalia dan memelihara nilai estetika legasi Cristóbal Balenciaga.

Himpunan pertama Pierpaolo utuk Balenciaga bakal dipersembahkan pada bulan Oktober tahun ini. Bergerak sealiran dengan pengumuman ini, Pierpaolo menyampaikan warkah istimewa. Pierpaolo ‘menulis’ bahawa dia tidak percaya pada takdir namun pabila menatal jauh akaun Instagram peribadinya, ke suapan gambar pertama, dia pernah memuat naik gambar baju kahwin rekaan Cristóbal Balenciaga tahun 1967. Berlanjutan daripada tulisan warkahnya, Pierpaolo tidak pasti sama ada itu adalah petanda namun ia membuka luas matanya. 

“Being here today, to mold a new story of a house…” adalah kiriman ekspresi Pierpaolo yang bersangkutan dengan merenda harapannya untuk mensintesiskan kreativiti dan inovasi dalam satu acuan. “Saya berbangga kerana menyambung legasi itu dengan penuh rasa hormat dan sudut pandangan sendiri,” tulis Pierpaolo. Dalam menyemangati sentiasa berkembang, Balenciaga tidak pernah meranapkan nilai estetika jenamanya. Apalagi legasi serta arkib Cristóbal Balenciaga adalah antara fashion statement paling berpengaruh sepanjang masa. 

Pierpaolo akur pada kehebatan Cristóbal Balenciaga yang bijak dalam membentukkan budaya kreativiti, menyemai idea couture dalam setiap aspek dan memperkasakan kuasanya dalam menampilkan inovasi. Mengakhiri warkahnya, Pierpaolo meluahkan penghargaannya buat Demna, François-Henri, Francesca Belletini selaku Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif and Ketua Pegawai Eksekutif jenama Balenciaga, Gianfranco Gianangeli kerana menrauh kepercayaan terhadapnya dalam mengemudi nakhoda Balenciaga. 

“I feel good, blessed, grateful and honoured to be here, now. Grazie, Pp” 

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down