Mencari salun yang sesuai dengan keperluan rambut anda boleh menjadi satu cabaran, terutamanya jika anda inginkan hasil yang memuaskan. Sama ada anda mahu rawatan rambut terbaik, potongan yang kemas dan bergaya atau warna rambut yang memukau, berikut adalah senarai salun terbaik yang wajib anda cuba dengan servis yang ditawarkan.
Walking On Sunshine – Rawatan Rambut Terbaik
Jika anda sedang mencari tempat terbaik untuk manjakan diri sambil menjaga kesihatan rambut, salun Walking On Sunshine adalah pilihan yang tidak mengecewakan. Terkenal dengan rawatan korean head spa yang menyegarkan dengan hair steaming dan moisturising treatment dan dapat memulihkan rambut anda semula.
Lokasi: Sunway 163 Mall Mont Kiara
Hair CO – Potongan Rambut Terbaik
Bagi anda yang mementingkan potongan rambut yang kemas, bergaya dan sesuai dengan bentuk wajah, Hair Co adalah destinasi wajib! Dikenali dengan hairstylist berpengalaman, Raymond Choon yang juga pengarah kreatif untuk Hair co ini juga pernah bekerjasama dengan Dato Michelle Yeoh. Servis yang diberikan sangat teliti untuk memastikan hasil yang menyerlahkan personaliti anda!
Lokasi: Mid Valley Megamall
The Hair Tric and Lashility – Pakar Dalam Mewarnakan Rambut
Untuk yang gemarkan bereksperimen dengan warna rambut, The Hair Tric and Lashility adalah salun pilihan ramai. Kepakaran mereka dalam teknik pewarnaan seperti balayage, ombre dan highlight menjadikan mereka antara yang terbaik dalam industri. Warna yang digunakan juga berkualiti tinggi dan mesra rambut, menghasilkan warna yang tahan lama dan tidak merosakkan.
Lokasi: MyTown, Bangsar, BSC, Publika, Pavilion Bukit Jalil, IOI City Mall, Mahsa Avenue, Setia City Mall
COCOdry – Terbaik Untuk Penggayaan Rambut
Mempunyai acara istimewa atau sekadar mahu tampil lebih bergaya? COCOdry menawarkan servis penggayaan rambut terbaik. Dari gaya trending atau pilihan gaya anda sendiri mereka mampu mencipta penampilan yang sesuai dalam pelbagai gaya. Penggayaan dilakukan dengan teliti agar rambut kekal cantik sepanjang hari!
Lokasi: Platinum Park, Bangsar, Publika