Langgan

Gaya Hidup ‘IT Girl’: Inspirasi Karakter Daripada Skrin TV

Ketahui dunia ‘it girl’ pilihan anda yang penuh keyakinan dan glamor!
2 minit untuk membaca
Published: April 24, 2025

‘IT girl’ merujuk kepada wanita yang mempunyai gaya, karisma dan daya tarikan semula jadi yang menjadikannya tumpuan di mana-mana. Banyak karakter dari skrin TV yang memberikan impak the 'IT girl' dengan keunikan mereka sendiri. Jom baca lebih lagi untuk ketahui bagaimana mereka dapat menjadi ‘IT girl’ dengan gaya hidupnya.

Serena Van Der Woodsen

Gadis utama di dalam siri Gossip Girl, Serena yang hidup dalam dunia yang popular dan glamor di Upper East Side New York, dipenuhi dengan parti mewah, percutian eksklusif ke Hamptons dan juga terkenal dengan gaya effortless yang mewah. Serena juga sering dilihat mengenakan busana pereka yang tampak kasual tetapi tetap eksklusif.

@gossipgrl_ her in season 1❤️‍🩹 | scp:chxscenes | #aesthetic #edit #xoxogossipgirl #xoxo #gossipgirledit #gossipgirlhere #gossipgirl #blakelively #serenavanderwoodsen #fyp #fypage #fyppppppppppppppppppppppp #fypp #viral #viraltiktok #virall #viral_video #autumn #serenavanderwoodsenedit ♬ sonido original - xoxo!💋

Elle Woods

Dalam Legally Blonde, Elle Woods gadis sororiti dan suka bersosial membuktikan bahawa seorang wanita boleh menjadi pintar, berani dan tetap feminin. Elle hidup dengan prinsip “Work hard dan stay fabulous”. Sifat Elle yang suka berdandan dan mengenakan pakaian berwarna merah jambu tambahan dengan semangat pantang menyerahnya. Elle membuktikan bahawa beauty with brain itu penting!

@gsfilmzy It’s hard? ⚖️ #legallyblonde #2000smovies #ellewoods #foryoupage #legallyblondeedit ♬ som original - g✮

Carrie Bradshaw

Carrie dari siri Sex and the City mempersonifikasikan IT girl yang kreatif dan dengan gaya hidupnya yang sosial. Sebagai kolumnis yang berkongsi pengalamannya dalam dunia cinta dan kehidupan di New York, Carrie juga terkenal dengan fesyen eksperimentalnya — dari kasut Manolo Blahnik sehingga pakaian yang ikonik!

@cinekravitz in my satc era #sexandthecityedit #sexandthecity #satc #satcedit #carriebradshaw #carriebradshawedit #90sedit ♬ som original - kravitz

Cher Horowitz

Dalam filem Clueless, Cher Horowitz ialah remaja yang tinggal di Beverly Hills yang menguasai dunia sosial di sekolahnya. Dengan wardrobe digital yang canggih dan keperibadian yang ceria, Cher menggunakan pengaruhnya untuk membantu orang lain. Gaya hidupnya menggambarkan remaja yang seronok berparti bersama kawan-kawan dan mengejar cinta monyetnya.

@delelna oh to look like her #clueless #cherhorowitz ♬ original sound - ⛧

Rachel Green

Rachel Green daripada siri Friends bermula sebagai anak yang manja dan bergantung kepada keluarga, tetapi berkembang menjadi wanita berdikari dalam dunia fesyen. Dengan potongan rambut dan gaya yang ikonik, Rachel menunjukkan bahawa perjalanan menjadi IT girl juga melibatkan sifat peribadi yang berani untuk memulakan hidup baru.

@chicreaders #rachelgreen #rachelgreenedit #rachelgreenoutfits #jenniferaniston #jenniferanistonedit #friendstvshow #90sfashion #fashion #pinterestaesthetic #styleinspo #style #styletips ♬ 9am in Vixen - ecstacy & Adrian
ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down