Langgan

Rekaan Baharu Maria Grazia Chiuri: Beg Signature Bucket Dior

Musim ini menyaksikan kebangkitan semula beg bucket dan Dior berada di barisan hadapan dengan rekaan yang menawan!
1 minit untuk membaca
Published: April 13, 2025
Bucket Signature Dior

Sebelum membeli beg tangan, wanita akan meneliti pelbagai faktor utama — daripada aspek rekaan, fungsi, saiz hingga ke kesesuaian dengan gaya peribadi. Dalam era di mana praktikaliti perlu seiring dengan estetika, Maria Grazia Chiuri memperkenalkan rekaan baharu buat Dior, Bucket Signature yang memenuhi semua kriteria itu dengan sempurna.

beg bucket

Bukan sekadar Dior, beg bucket kini kembali mendominasi pasaran fesyen. Daripada jenama mewah hinggalah ke jenama fast fashion seperti Zara dan H&M, kesemuanya tampil dengan versi bucket yang moden dan bergaya. Bentuknya yang unik, praktikal dan versatil, menjadikannya sebagai item wajib dimiliki musim ini!

Jika anda sedang mencari beg bucket yang benar-benar ikonik dan berbaloi untuk dilaburkan, beg Bucket Signature daripada Dior adalah jawapan yang tepat! Secara keseluruhannya, ia merupakan simbol keanggunan moden, menyatukan kehalusan seni kraf dan fungsi praktikal dengan sangat elegan. Dalam masa yang sama, ia juga mencerminkan kehebatan visi kreatif Maria Grazia Chiuri dalam memahami keperluan wanita masa kini: bergaya, bebas dan serba boleh.

Dari segi reka bentuk, beg Bucket Signature ini ditawarkan dalam dua saiz dan versi: kecil dan sederhana dalam versi dwi-material yang menggabungkan kanvas Dior Oblique dan kulit, ataupun dalam kulit bertekstur monokrom. Tak hanya itu, tali bahu yang boleh laras dan ditanggalkan memberikan kebebasan bergaya dari siang ke malam. Sebagai kemasan eksklusif terakhir, tanda ikonik 'Christian Dior' ditempatkan sempurna di tengah beg.

Han So-hee
Gaya transit fesyen Han So-hee

Untuk sebab-sebab istimewa ini, pelakon sensasi Han So-hee tampil sebagai antara selebriti terawal yang menggayakan beg daripada koleksi musim bunga/panas 2025 di lapangan terbang. Sohee menyerlahkan aura elegan dan sofistikated dengan baju panas Marinière dan mini skirt yang dipadankan bersama bintang musim ini: beg Bucket Signature Dior!

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down