Langgan

‘Bahasa’ Reka Bentuk Untuk Tubuh Dior Musik Bunga/Panas 2025

Menyatukan dua elemen menjadi cerminan rekaan Maria Grazia Chiuri
1 minit untuk membaca
Published: February 24, 2025

Kembara ke Dior musim bunga/panas 2025 membisik hajat Maria Grazia Chiuri, merungkai simpulan ideologi sesuatu pakaian. Dia mencongak makna hubungan antara jasmani dengan pakaian, merapatkan jurang antara tujuan dengan kefungsian. 

dior

Matlamat Maria Grazia Chiuri untuk himpunan Dior musim bunga/panas 2025 adalah untuk memahat seribu makna dan mesej pada konsep pemakaian. Merangkaikan imaginatif serta kreatif, Maria ‘membedah’ erti sesuatu pakaian. Setiap satu rekaannya umpama menuturkan magis dan kehebatan di balik konstruksi pakaiannya. Dior melangkaui sempadan, merantai perhatian pada proses artistik dan kesenian, membawa fesyen ke titik asalnya. Selaku pengarah kreatif, Maria menekankan unsur hubungan antara tubuh dengan apa yang dipakai dan menyatukan kehendak dengan kefungsian.

Maria mencedok dan mentafsir semula potongan rekaan-rekaan arkib Dior. Misalnya, dress Amazone yang dicipta untuk musim luruh/dingin 1951/1952 – bertunas menjadi suatu ilham yang membangunkan imej feminin perkasa dan berautonomi. Menyelongkar arkib untuk dijadikan pangsi ilham mencerminkan gabung padan beberapa elemen, sebelum mengunjungi semula dan mendefinsikan kembali rekaan dalam garapan yang berbeza daripada sebelum ini. Lantas, Maria bercanda dengan mainan kontra rona hitam putih, seperti checks, motif mendatar serta menegak untuk merayakan logo ‘Miss Dior’. 

dior

Semarak seni Maria untuk Dior musim ini tidak berkesudahan. Helaian-helaian putih dimadukan bersama skirt, seluar serta dress berona hitam, untuk memperlihatkan duality. Rona merah terang pada rekaan jaket bomber pula memperlihatkan citra yang nyata. Tekstur sulaman menegaskan kilauan metalik, manakala kesahajaan menggunakan fabrik jersi adalah untuk mengolah dress-dress evening ringan serta kemeja-kemeja sukan. 

Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik Paris 2024 mempengaruhi kepentingan kesatuan antara fizikal, fesyen dan sukan, yang begitu signifikan dalam perjuangan kesamaan jantina, inclusivity, menghormati serta menerimalimitasi seseorang. 

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down