ELLE menemu bual secara eksklusif Pengarah Kreatif Hermès Beauty, Gregoris Pyrpylis, dalam mendekati inovasi terkininya, gincu Rouge Brillant Silky.
Melancarkan gincu bibir dengan tekstur yang ringan berfomulasikan glos menjadi pilihan rumah kecantikan juga fesyen asal Perancis ini. Diberi nama, Rouge Brillant Silky, Hermès Beauty hadir dengan sesuatu yang unik namun masih relevan buat setiap wanita yang menyarungnya.
Sebelum ini, jika diimbas kembali, pada tahun 2020, Hermès memperkenalkan dunia kecantikan melalui Rouge Hermès, satu koleksi objek dan aksesori yang dikhaskan buat kecantikan bibir. Ia bukan sekadar warna, tetapi satu ekspresi sifat peribadi. Sebuah signatur yang unik.
Dan pada tahun ini, Hermès kembali dengan pelancaran terkini Rouge Brillant Silky, satu signatur baru dengan rona yang lembut dan kilauan yang intense. Sentuhan rona yang menonjolkan ekspresi dengan gerakan yang intuitif, ceria dan memikat, menawarkan intensiti yang boleh disesuaikan dan kemasan berkilat.
Ikuti temu bual eksklusif Pengarah Kecantikan Bersekutu ELLE, Amira Azman, bersama Gregoris Pyrpylis.
Koleksi baharu ini menampilkan gincu bibir dalam bentuk yang lebih kurus, permukaan yang rata dan bulat, yang mana ia berbeza daripada koleksi sebelum ini. Ada sebarang sebab mengapa ia dicipta begitu?
Formulasi memainkan peranan penting dan menjadi inspirasi di sebalik rekaan bentuk gincu bibir terbaru Hermès Beauty ini iaitu Rouge Brillant Silky ini. Teksturnya yang lembut dan mencair di bibir dengan mudah walau pada olesan yang pertama, ia ringan dan permukaannya lebih licin kerana ia berkemasan sinar, ia tidak menawarkan banyak ketepatan dan kesempurnaan pada setiap olesan di bibir, namun ia memberi hasil yang lebih natural dan bersahaja.
Pada anda secara peribadi, apa yang membuatkan anda jatuh cinta dengan koleksi terbaru ini?
Teksturnya, saya jatuh cinta pada tekstur high shine nya. Kadar intensity rona ini boleh dibina mengikut kemahuan dan kemudian hadir dalam bentuk glos. Kemasan glos yang tidak perlu dioles terlalu ‘sempurna’, ia lebih kepada expression before perfection pada saya. Sesuai dipakai oleh sesiapa pada sebarang acara. Teksturnya membuat solekan bibir tampil lebih bersahaja dan juga sesuai digayakan sebagai gincu harian. Malah, ia dicipta untuk semua jenis tona kulit.
Ada sebarang cara lain dalam mengoles gincu bibir ini yang mungkin kita semua tidak tahu?
Ada pelbagai cara untuk menyarung gincu ini. Antaranya dengan mengoles begitu sahaja. Anda juga boleh menggunakan gincu ini bersama penggaris bibir. Lebih menarik, pilihan saya adalah dengan mengadun dua gincu dalam koleksi ini lalu mencipta satu solekan bibir yang baru. Seronok untuk bereksperimen, malah padankan dengan apa jua rona, ia pasti sesuai.
Boleh anda kongsikan serba-sedikit tentang proses kreatif dalam mencipta koleksi ini?
Cabaran kami adalah sudah tentu dalam mencipta koleksi yang ada manfaat penjagaan kulit bibir paling maksima melalui inti pati yang digunakan dan dalam pada masa yang sama membina formula dan kemasan gincu bibir yang terbaik. Keseimbangan dua faktor ini amat penting dalam membina rangkaian koleksi Rouge Brillant Silky ini.
Jika saya ingin keluar ke dinner date, boleh anda cadangkan solekan terbaik untuk saya gayakan menggunakan produk daripada Hermès Beauty?
Boleh! Mula dengan mengoles Hermès Cleansing Balm pada bahagian wajah tertentu. Ia membekalkan hidrasi serta melindungi kulit wajah dengan sempurna. Kemudian untuk mencipta definisi, oleskan pula Rose Hermes Silky Blush Powder. Lengkapkan solekan mata dengan olesan maskara serta gincu bibir rona pop seperti Rouge Brillant Silky ini kod “Brique”.