Koleksi Musim Bunga/Panas 2025 UNIQLO menampilkan kerjasama eksklusif bersama COMPTOIR DES COTONNIERS, jenama fesyen kasual yang diasaskan di Perancis pada tahun 1995, serta kolaborasi kelima dengan PRINCESSE tam tam, jenama pakaian dalam yang menggabungkan keselesaan dan rekaan elegan.
UNIQLO dan COMPTOIR DES COTONNIERS
Koleksi kali ini berpegang kepada konsep casual essentials, menampilkan rekaan ringkas tetapi sofistikated dengan penggunaan fabrik campuran linen yang memberikan keselesaan semula jadi. Warna-warna elegan seperti navy dan terracotta menambah keanggunan pada koleksi ini.



UNIQLO dan PRINCESSE Tam Tam
Koleksi yang selesa dan santai bertemu gaya elegan, loungewear ini diinspirasikan oleh suasana romantis Provence di selatan Perancis, dengan motif flora, corak daun dan gingham yang kelihatan lebih segar serta membangkitkan rasa bebas seperti percutian musim panas.

