Langgan

Trend Raya 2026: Fusion Fesyen Budaya Melayu dan Cina

Trend Raya 2026 mengintegrasikan unsur-unsur fesyen tradisional cina kepada reka bentuk pakaian tradisional melayu.
2 minit untuk membaca
Published: March 17, 2026
trend raya
Sumber: Instagram (@anany.co)

Mendekati Syawal, terdapat satu trend gaya busana hari raya yang dapat diperhatikan. Disebabkan perbezaan satu hari antara Ramadan dan Tahun Baru Cina, pelbagai jenama telah mengambil pendekatan "kongsi raya" dalam reka bentuk koleksi raya bagi tahun 2026. Trend ini melibatkan integrasi unsur-unsur reka bentuk fesyen tradisional Cina dalam busana tradisional Melayu.

Motif-Motif Reka Bentuk Fesyen Tradisional Cina

1. Butang Simpul Tradisional Cina atau Pankou

trend raya
Sumber: Mimpi Kita

Antara motif yang semakin tular dalam reka bentuk baju raya 2026 adalah butang simpul tradisional Cina atau nama tradisionalnya pankou. Pankou dapat dilihat dalam pelbagai bentuk menjadikannya motif yang sangat versatil. Trend pankou ini juga boleh dilihat dalam koleksi Tang Jacket dari Adidas yang tular pada awal tahun ini.

2. Penutupan Tepi

trend raya
Sumber: Instagram (@kalmhs)

Berbeza dengan butang atau zip yang biasa di letakkan di tengah pakaian, penutupan tepi terletak secara menyerong atau di sisi badan dan memberi siluet yang kemas. Elemen reka bentuk ini berasal daripada Hanfu, busana traditional Cina, yang berkolar silang dan diikat tepi lalu berkembang menjadi penutupan tepi yang digunakan dalam reka bentuk cheongsam dan akhirnya kembali semula dalam reka bentuk moden.

ELLE Kongsi 5 Jenama Tempatan Yang Menggikuti Trend Reka Bentuk Fesyen Tradisional Cina Dalam Koleksi Raya

1. ANAABU

Pada tahun 2026 koleksi raya Isi-Isi dari ANAABU membawa gaya minimalist yang telah sinonim dengan reka bentuk pakaian dari jenama ini lebih ke arah timur dengan pelbagai integrasi reka bentuk fesyen tradisional Cina. Daripada pengaruh jelas yang dapat dilihat pada Chinese Tea Top, Chinese Tea Vest dan Fortune Cookie Top ke keperincian yang terdapat pada Ketupat Palas Kebaya Janggan, trend ini diulungkan oleh ANAABU.

2. ANANY

ANANY memperkenalkan dua baju kurung daripada koleksi Damai mereka. Dari Damai Kurong Belah Panjang yang menggunakan butang simpul tradisional Cina ke Damai Kurong Kedah yang berbutang tepi, koleksi ini jelas diilhamkan oleh reka bentuk fesyen tradisional Cina. Kedua-dua jenis baju kurung ini juga tersedia dalam pelbagai warna seperti hijau limau, hijau biru, biru abu, coklat dan juga putih pudar.

4. KALMHS

Kalmhs, mengguna pakai unsur-unsur reka bentuk fesyen tradisional cina dengan menyeluruh pada Koleksi EID: #ULANG2026 dan EID: MALIKA mereka. Pankou dapat dilihat dalam set ATMA, Baju Kurung Alur dan juga baju melayu set Redam. Manakala penutupan tepi pula diggunakan dalam reka bentuk set Laras.

4. BEHATI

Sempena Hari Raya 2026, Behati mengeluarkan koleksi CHAM Raya 2026. Nama "CHAM" berasal dari perkataan "campur" dan melambangkan keunikan budaya Malaysia yang merangkumi pelbagai bangsa. Antara pakaian dari koleksi ini termasuk Kebaya Pahala yang menggunakan penutupan butang simpul tradisional Cina dan digayakan oleh Amber Chia.

5. Bayu Somerset

Trend reka bentuk ini diteruskan dengan penyertaan Mandarin Kurung dan Oriental Kebaya dalam koleksi #somerSYOKraya26 dari Bayu Somerset. Dari namanya sahaja kedua-dua busana tradisional melayu ini jelas menerima pengaruh reka bentuk cina. Sekali lagi, butang simpul tradisional Cina atau pankou dapat dilihat dalam reka bentuk kedua-dua set baju ini.

ADVERTISEMENT
Baca Artikel Seterusnya
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down