Langgan

Alami Nostalgia Bersama Rentak Music Celebration di The Met Corporate Towers

Rentak Music Festival menghidupkan semula era keemasan muzik tahun 80an dan 90an sambil mengangkat bakat tempatan.
2 minit untuk membaca
Published: April 13, 2026
rentak
Gambar Ihsan Triterra.

Triterra mempersembahkan Rentak Music Celebration pada 24 April 2026. Persembahan sulung ini akan diadakan di The Met Corporate Towers Kuala Lumpur dan menjanjikan sebuah malam penuh nostalgia dengan menghidupkan semula bunyi ikonik dari tahun 1980an dan 1990an. Malam ini direka bukan sahaja untuk menarik perhatian penggemar music veteran tetapi juga pendengar belia. Acara ini menggabungkan lagu-lagu yang tak lapuk dek zaman bersama atmosfera sebuah konsert secara langsung, menawarkan pengalaman bersama yang menjangkau usia.

Rentak Bukan Sekadar Konsert, Sebenarnya Lebih Lagi.

rentak
Gambar Ihsan Triterra.

Rentak telah diangkat sebagai inisiatif untuk penjanaan tempat melalui kebudayaan yang bertujuan untuk menukar The Met Corporate Towers destinasi dinamik di bandar dimana muzik, masyarakat dan interaksi sosial boleh berpusat. Dengan menghimpun pakar bidang, penduduk tempatan, dan pemastautin bersama, acara ini mencabar persepsi tradisional wilayah business dan membayangkannya sebagai tempat meriah dan berpandukan manusia yang menjangkau ruang pekerjaan.

Acara ini juga menandakan titik pencapaian penting bagi Triterra yang menyambut tahun ke-10 nya di Kuala Lumpur. Dikenali dengan komitmen mereka untuk membangunkan tempat yang bermakna, syarikat itu menggunakan Rentak sebagai pentas untuk menayangkan falsafah mereka yang mengutamakan penglibatan budaya bukan sahaja infrastruktur fizikal. The MET Corporate Towers yang dibangunkan bersama NAZA TTDI, berdiri sebagai bukti visi ini, setelah menerima pengiktirafan serantau oleh kerana kecermerlangannya dalam bidang komersial dan pembangunan pejabat.

Barisan Bintang Yang Menerangi Pentas

rentak
Gambar Ihsan Triterra.

Untuk meningkatkan lagi gembar-gembur, acara ini akan menampilkan persembahan dari artis tempatan terkenal seperti Ning Baizura, Elvira Arul, dan Yazmin Aziz. Masing-masing dipuji kerana suara lantang dan penguasaan pentas mereka. Malam itu menjanjikan pengalaman bermakna melalui persembahan lagu-lagu klasik beserta persembahan secara langsung yang rancak.

Pada asasnya, Rentak menyambut kebolehan muzik untuk menghubungkan orang ramai. Seperti yang diterangkan Trittera, acara ini direka untuk membangkitkan memori, mencetus kegembiraan, dan menghimpun orang ramai, memperkukuhkan peranan muzik sebagai bahasa sejagat dalam masyarakat yang berbagai di Kuala Lumpur

ADVERTISEMENT
Baca Artikel Seterusnya
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down