Langgan

STRIP Malaysia Meraikan Ulang Tahun Ke-20

STRIP Malaysia meraikan perjalanan dua dekad yang turut mengubah persepsi terhadap hair removal dan intimate care.
2 minit untuk membaca
Published: July 29, 2026

Sempena ulang tahunnya yang ke-20, STRIP Malaysia mengimbas perjalanan yang bukan sahaja menyaksikan perkembangan sebuah jenama, malah perubahan cara masyarakat melihat penjagaan diri dengan lebih terbuka, yakin dan menyeluruh.

strip

Daripada Taboo Kepada Normal Baharu

Tidak lama dahulu, hair removal bukanlah sesuatu yang sering diperkatakan. Ia dianggap sebagai rutin yang private, dilakukan tanpa banyak perbincangan dan jarang diberi perhatian sebagai sebahagian daripada penjagaan diri. Namun, seiring dengan perubahan gaya hidup dan meningkatnya kesedaran tentang kesejahteraan diri, persepsi itu perlahan-lahan mula berubah. Apa yang dahulunya dianggap sebagai keperluan kini menjadi sebahagian daripada ritual self-care yang memberi rasa lebih selesa dan yakin.

Di tengah perubahan itu, 'STRIP: Ministry of Waxing' muncul dengan pendekatan yang berbeza. Ketika kebanyakan rawatan hair removal hanya ditawarkan sebagai perkhidmatan sampingan di salon kecantikan, STRIP memperkenalkan sebuah studio yang didedikasikan sepenuhnya untuk waxing. Fokusnya bukan sekadar memberikan hasil yang kemas, tetapi juga membina keyakinan pelanggan melalui standard kebersihan, keselamatan dan keselesaan yang konsisten.

strip

Melangkaui Rawatan Waxing

Seiring perubahan keperluan pengguna, STRIP turut memperluaskan servisnya menerusi inovasi dan penyelidikan yang berterusan. Selain rawatan waxing yang menjadi signature jenama, pelanggan juga boleh mendapatkan rawatan Advanced Fluorescence Technology (AFT). Ia bertindak untuk pengurangan bulu dalam jangka yang panjang. Selain daripada itu, Rosebud Vajuvenation pula ialah rawatan yang memberi fokus kepada penjagaan kulit kawasan intim wanita.

Pendekatan itu diteruskan dengan pelancaran rangkaian penjagaan intim 'TWO LIPS'. Produk itu dibangunkan khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan penjagaan kulit kawasan intim. Kehadiran rangkaian ini mencerminkan bagaimana definisi self-care hari ini semakin berkembang, bukan lagi tertumpu kepada apa yang dapat dilihat, tetapi juga kepada aspek keselesaan, kesihatan dan keyakinan diri secara keseluruhan.

Meraikan Sebuah Perjalanan

Bersempana ulang tahun ke-20, STRIP Malaysia melancarkan kempen '20 Years Smooth', yang berlangsung sepanjang Julai dan Ogos. Kempen ini menawarkan pelbagai manfaat kepada pelanggan, termasuk peluang memenangi voucher penginapan hotel lima bintang, pengalaman spa dan sajian istimewa, selain pilihan produk kecantikan serta rangkaian penjagaan intim 'TWO LIPS'.

Lebih daripada sekadar meraikan, ulang tahun ini menjadi simbol kepada perjalanan panjang STRIP Malaysia dalam mengubah persepsi terhadap hair removal dan intimate care. Selepas dua dekad, jenama ini terus membuktikan bahawa penjagaan diri bukan lagi sesuatu yang perlu disembunyikan. Sebaliknya satu bentuk penghargaan terhadap diri sendiri yang semakin diraikan dalam kehidupan moden.

ADVERTISEMENT
Baca Artikel Seterusnya
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down