
Dalam dunia kecantikan hari ini, produk bukan lagi sekadar tentang fungsi. Ia turut menjadi simbol personaliti, emosi dan cara seseorang mengekspresikan diri. Melihat trend budaya collectible yang semakin berkembang, SK-II mengambil langkah kreatif menerusi kolaborasi bersama fenomena pop culture global, CRYBABY dari POP MART, untuk memperkenalkan SK-II × CRYBABY Limited Edition Facial Treatment Essence.
Menggabungkan keanggunan skincare mewah dengan daya tarikan karakter collectible yang penuh ekspresi, edisi terhad ini meraikan mesej “Free To Bare” meraikan kebebasan untuk menzahirkan cinta, emosi dan diri sebenar tanpa rasa ragu.
Apabila Prestige Beauty Bertemu Dunia Collectible
CRYBABY, karakter popular daripada POP MART, dikenali melalui ekspresi matanya yang penuh emosi serta personalitinya yang jujur dan autentik. Karakter ini menjadi kegemaran generasi baharu kerana keberaniannya menampilkan sisi vulnerable sebagai sesuatu yang indah.
Melalui kerjasama ini, SK-II mengangkat CRYBABY sebagai simbol bahawa emosi bukan sesuatu yang perlu disembunyikan, sebaliknya menjadi sebahagian daripada keunikan diri seseorang.
Botol Ikonik Dengan Nilai Emosi Baharu
Mengubah wajah produk bestseller globalnya, SK-II × CRYBABY Limited Edition Facial Treatment Essence menampilkan rekaan eksklusif yang menjadikan botol ikonik “MIRACLE WATER” ini bukan sahaja sebagai produk kecantikan, tetapi juga item koleksi.
Dikenali sebagai salah satu produk paling terkenal daripada SK-II, Facial Treatment Essence mengandungi lebih 90% PITERATM, ramuan utama SK-II yang membantu memperbaiki penampilan kulit untuk menghasilkan Crystal Clear Bare Skin.
Dengan konsep “bare skin can be your best skin”, edisi istimewa ini hadir sebagai simbol keyakinan diri, sama ada untuk diberikan sebagai hadiah kepada insan tersayang atau sebagai peringatan untuk menghargai diri sendiri.
Koleksi Yang Menghubungkan Kecantikan & Pop Culture

Fenomena collectible art toy kini semakin mendapat tempat dalam kalangan generasi baharu, di mana karakter dan objek koleksi membawa nilai sentimental yang lebih mendalam. Kolaborasi SK-II dan CRYBABY mencerminkan perubahan landskap kecantikan moden apabila skincare turut menjadi sebahagian daripada gaya hidup dan identiti peribadi.
Menerusi kempen ini, SK-II turut memperkenalkan siri filem sosial yang membawa CRYBABY ke dunia penuh imaginasi, cinta dan ekspresi diri. Berlatarbelakangkan suasana romantik, CRYBABY meneroka detik-detik penuh emosi sebelum menemui ritual penjagaan kulit ikonik SK-II, iaitu teknik PAT PAT menggunakan Facial Treatment Essence.
Dengan pendekatan visual yang playful tetapi penuh makna, kempen ini meraikan idea bahawa kecantikan hadir apabila seseorang bebas untuk menunjukkan siapa diri mereka.

