Langgan

Segala Tentang Trend Maximalism Dalam Dunia Kecantikan Perlu Anda Tahu

Solekan maximalism adalah solekan yang tampil berani tanpa batas. Trend terkini mencabar kreativiti serta memberi kebebasan berseronok.
2 minit untuk membaca
Published: March 5, 2026
This error message is only visible to WordPress admins

Error: No feed found.

Please go to the Instagram Feed settings page to create a feed.

This error message is only visible to WordPress admins

Error: No feed found.

Please go to the Instagram Feed settings page to create a feed.

Clean Girl aesthetic yang diterajui oleh gloss bibir dan slick back bun dengan perlahan-lahan mengundur diri dan memberi ruang kepada trend lain. Kini mula mengambil alih pentasnya adalah estetika maximalism. Berbanding dengan estetika sebelumnya, maximalism jauh lebih menonjol dan menyerlah, mengizinkan pengguna untuk bereksperimen dengan produk kecantikan dengan cara yang lebih unik.

Sumber: Instagram (@strangerous.co)

Apa itu Solekan Maximalism?

Menurut Jurusolek profesional dan face styler, Ezad Ibrahim, solekan maximalism adalah solekan yang tampil berani tanpa batas. Walaupun nampak dramatik, asas solekan maximalism harus seimbang dan kemas supaya hasil nampak high fashion bukan sekadar berlebihan.

Tip Mencapai Solekan Maximalism

1. Penggunaan warna yang terang dan kontra

Solekan Maximalism sering dilambangkan dengan visual yang menarik perhatian. Visual ini boleh dicapai dengan pengunaan warna-warna yang terang dan kontra. Aplikasi warna secara maximalis ini boleh dicapai dengan penggunaan pembayang mata dan penggaris mata.

2. Tambahkan tekstur untuk solekan lebih fun!

Sering dilihat di dalam make up maksimalis juga adalah aksesori muka seperti tampalan batu-batuan dan manik. Tapi jangan hadkan diri anda dengan aksesori itu sahaja. Ramai turut memilih untuk melekatkan aksesori seperti riben dan kain renda di muka bagi mendapat tekstur menarik. Pilihan yang ada tidak terkira, be creative! 

3. Bermain dengan lakaran corak

Antara cara paling mudah untuk mula bereksperimen dengan makeup dan mencapai visual yang menarik adalah dengan melukis pelbagai corak dan bentuk grafik menggunakan pensel penggaris mata.

4.       Berseronok dan bereksperimen

Yang penting sekali tiada peraturan yang perlu dipatuhi untuk mencapai the maximalist look. Anda hanya perlu mencabar diri dan berani bereksperimen. Jangan lupa juga untuk berseronok sambil bermain dengan makeup anda!

ELLE Kongsi 3 Inspirasi Solekan Trend Maximalism Untuk Anda

1. ย  ย  ย  Chappell Roan

Antara selebriti yang berada di barisan hadapan dan mempopularkan solekan bold adalah Chapell Roan. Ini dapat dilihat menerusi album โ€œThe Rise and Fall of a Midwest Princessโ€ dan single hitnya iaitu โ€œGoodluck Babeโ€. Penyanyi asal Missouri ini telah membawa era baharu dengan mengekspresi diri melalui solekan.

2. ย  ย  ย  Zara Larsson

ย Zara Larsson kembali mengambil perhatian majoriti dengan menunjukkan estetika baharu seiring dengan era baharu muziknya. Era baharu ini dipersembahkan dengan visual dan pilihan warna-warna yang terang seperti rona matahari terbit pada musim panas. Ramai yang memuji visual terbarunya kerana pemilihan makeup yang sangat menyerlah dan menarik.

3. ย  ย  ย  Doja Cat

ย Sering menarik perhatian netizen, Doja Cat pernah memecahkan internet dengan penampilannya di minggu fesyen Schiaparelli Musim Luruh Sejuk 2023. Kembali dengan album baharu โ€œVieโ€ pada akhir tahun 2025 yang lalu, Doja Cat kini selesa dengan mempersembahkan diri dengan gaya throwback estetika maksimalis era 80-an.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down