Rejim kecantikan tidak semestinya memenatkan anda. Cukup dengan beberapa langkah efektif, dengan produk yang betul dapat memberikan keserian wajah bak selebriti Korea yang anda puja. ELLE himpunkan 3 produk bestseller KraveBeauty yang mesti anda cuba!
KraveBeauty Matcha Hemp Hydrating Cleanser
Matcha lovers, ini adalah untuk anda! Kini anda boleh tambahkan matcha ke dalam rutin penjagaan kulit wajah dengan KraveBeauty Matcha Hemp Hydrating Cleanser. Formula yang menggabungkan minyak benih hemp dengan matcha untuk melembutkan, menenangkan, dan melindungi kulit daripada sebarang agresor luaran.
KraveBeauty Oat So Simple Water Cream
Terbukti less is more, beri kulit rehat yang secukupnya dengan produk berformula tanpa rumit ini yang mengandungi squalane dan trehalose untuk mengunci dan mengekalkan kelembapan kulit wajah. Sapukan KraveBeauty Oat So Simple Water Cream kepada kulit yang bersih dan kering, kemudian urut lembut kulit wajah sehingga produk diserap sepenuhnya.
KraveBeauty Great Barrier Relief Serum
KraveBeauty Great Barrier Relief Serum dapat meredakan iritasi dan menghilangkan jerawat kerana adanya formula tiga dalam satu (gabungan minyak tamanu, niacinamide, dan ceramida) bukan sahaja dapat mengurangkan kemerahan tetapi juga membantu mencerahkan tona kulit dengan memudarkan pigmen.