Apabila bercakap tentang trend riasan dan gaya kuku, tidak segalanya tentang stail extra atau bold semata-mata. Hari ini, saya melihat trend dunia lebih menggemarkan segalanya yang simple juga minimal. Kuku rona putih, krim, nude atau almond milk adalah antara yang menjadi pilihan tidak kira sebagai gaya kuku harian atau juga buat acara istimewa. Bukankah sekarang ini generasi kita sedang mengaggungkan trend quite luxury?

Victoria Beckham ketika berada di New York baru-baru ini untuk pelancaran haruman Victoria Beckham Beauty
Ramai yang menyangka riasan minimal ini hanya untuk acara bermakna seperti riasan buat raja sehari di majlis perkahwinan, namun gaya seperti ini sebenarnya telah menjadi pilihan kebanyakan selebriti dan pempengaruh digital baik ketika menonton acara perlawanan bola sepak, makan malam bersama tersayang atau juga ketika sedang lagi sibuk menikmati percutian musim panas. Bercakap tentang ini, have you guys seen Victoria Beckham menggayakan petal nails sewaktu di New York juga ketika menonton salah satu perlawanan Piala Dunia FIFA baru-baru ini? Cantik sekali!
Baiklah, apa itu petal nails pula?

Dua Lipa
Sebelum Victoria Beckham, selebriti Dua Lipa dan Selena Gomez turut dilihat menggayakan petal nails ini. Ia adalah trend riasan kuku yang mempamerkan olesan rona adunan merah jambu lembut, nude berkrim dan tampak semula jadi. Berinspirasikan bunga yang halus menerusi kelopaknya. Seperti efek warna air, tidak terlalu fancy dan sangat effortless. Boleh bayangkan?
Jika anda ingin meniru gaya kuku ini dari rumah dan secara DIY, pastikan anda mendapatkan rona yang betul bermula dengan mengoles rona milky seperti merah jambu lembut, lavendar, pic atau biru lembut sebagai olesan asas. Kemudian, gunakan berus yang halus untuk lapiskan dengan lapisan membentuk efek warna air. Akhiri langkah dengan menyarung minyak kutikel untuk efek yang lebih sihat. Atau lebih mudah, anda berkunjung ke salon kuku dan minta sahaja gaya kuku ini!

