Langgan

Penhaligon’s 155 Tahun: Dari London ke Kuala Lumpur

155 tahun keunggulan seni wangian.
1 minit untuk membaca
Published: August 19, 2025

Eau So British, Pameran Ulang Tahun Penhaligon’s ke-155, mempersembahkan warisan jenama ini melalui paparan aroma imersif dan penceritaan arkib.

Rumah wangian British tersohor, Penhaligon’s menyambut ulang tahun ke-155 dengan sebuah pameran imersif di Silverfox, Kuala Lumpur dari 15 hingga 17 Ogos 2025 yang lepas. Di pameran ini, pengunjung dapat menyaksikan lima artifak arkib berharga, antaranya botol perak dengan atomiser berwarna, bekas lilin perak dan pinggan berjenama Penhaligon’s. Pameran ini dibentuk sebagai sebuah pengalaman gaya muzium dengan gabungan pameran arkib, stesen interaktif wangian, serta penceritaan visual yang membawa pengunjung dari era inovasi Victoria ke dunia moden penuh pesona.

Penhaligon’s mempersembahkan lima artifak arkib yang berharga, termasuk Bekas Lilin Perak, Botol Wangian Perak Kecil dengan Atomiser Merah Jambu, Botol Wangian Perak Kecil dengan Atomiser Kuning, Pemegang Lilin Perak Kecil serta Pinggan Berlapis Perak berjenama Penhaligon’s.

Dari Barbershop ke Ikon British

Segalanya bermula pada tahun 1870 apabila William Henry Penhaligon membuka barbershop di Jermyn Street, London. Terinspirasi daripada aroma harum Turkish baths berdekatan, lahirlah wangian pertamanya, Hammam Bouquet (1872) yang sehingga kini kekal sebagai salah satu karya ikonik.

Sepanjang lebih seabad, Penhaligon’s telah menerima empat Royal Warrant, bermula dengan Queen Alexandra pada tahun 1903 dan yang terkini oleh Raja Charles III. Keistimewaan ini mengukuhkan kedudukan Penhaligon’s sebagai simbol keanggunan dan warisan British.

Photo wall di Pameran Ulang Tahun Penhaligon’s ke-155 mengundang para tetamu merakam memori sambil meraikan warisan British jenama yang kaya.

Setiap Koleksi Penhaligon’s Mempunyai Kisah Di Sebalik:

  • Trade Routes – terinspirasi daripada pelayaran eksotik.
  • British Tales – meraikan tradisi serta keanehan yang memikat.
  • Portraits Collection – terkenal dengan watak dan naratif yang penuh pesona.
  • Potions & Remedies – koleksi terbaharu yang menyatukan tradisi dan inovasi.

ADVERTISEMENT
Baca Artikel Seterusnya
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down