Langgan

Menyelami Produk Kecantikan ‘K-Beauty’

Antara produk yang perlu ada dalam meja solek anda!
2 minit untuk membaca
Published: May 22, 2026

Ever heard of K-Beauty? Fenomena K-Beauty terus menguasai dunia kecantikan dengan inovasi produk yang menitikberatkan kulit sihat, kemasan semula jadi dan rutin penjagaan yang efektif. Daripada solekan berkemasan glass skin hingga penjagaan kulit berasaskan bahan tradisional Korea, produk K-Beauty kini menjadi pilihan ramai pencinta kecantikan di seluruh dunia. Berikut antara produk popular yang terus menjadi kegemaran para beauty enthusiasts.

1. Laneige Neo Cushion Glow

Sumber : Laneige.my

Bedak asas cushion daripada Laneige terkenal dengan kemasan kulit yang glowing dan ringan dipakai sepanjang hari. Formula hidrasi yang terkandung di dalamnya membantu kulit kelihatan lembap tanpa rasa bercapuk, menjadikannya pilihan popular untuk mendapatkan efek glass skin!

2. Beauty of Joseon Relief Sun : Rice + Probiotics (SPF50+ PA++++)

Sumber : Beauty of Joseon

Pelindung sinar daripada Beauty of Joseon ini menjadi antara produk K-Beauty paling popular kerana formulanya yang ringan dan selesa dipakai setiap hari. Diperkaya dengan ekstrak beras serta probiotik, Relief Sun membantu memberikan kelembapan pada kulit sambil melindungi wajah daripada sinaran UV. Teksturnya yang tidak melekit dan tidak meninggalkan white cast menjadikannya pilihan ramai untuk mendapatkan kulit yang sihat, glowing dan natural sepanjang hari.

3. Tirtir Beauty Mask Fit Red Cushion

k-beauty
Sumber : Tirtir

Bedak Asas Cushion Tirtir menjadi antara cushion paling hangat diperkatakan di media sosial kerana kemasan flawless dan ketahanannya yang tinggi. Produk ini memberikan coverage yang lebih penuh tetapi masih mengekalkan kulit sihat dan glowing tanpa kelihatan terlalu tebal.

4. Fwee Lip & Cheek Blurry Pudding Pot

Produk viral daripada Fwee ini menjadi kegemaran ramai kerana teksturnya yang lembut seperti puding serta mudah disapu pada bibir dan pipi. Kemasan matte yang diberikan menjadikan solekan tampak natural dan youthful, sesuai untuk gaya solekan harian ala Korean Makeup Look.

5. Sulwhasoo First Care Activating Serum

k-beauty
Sumber : Sulwhasoo

Sebagai jenama skincare premium Korea, Sulwhasoo terkenal dengan penggunaan bahan herba tradisional yang mewah. First Care Activating Serum mereka membantu memberikan hidrasi, meningkatkan seri wajah dan menjadikan kulit terasa lebih anjal. Produk ini sering menjadi pilihan bagi mereka yang mengutamakan anti-aging skincare dalam rutin harian.

Kejayaan K-Beauty bukan sahaja terletak pada pembungkusan yang menarik, tetapi juga inovasi formula yang memberi fokus kepada kesihatan kulit secara menyeluruh. Tidak hairanlah produk-produk ini terus menjadi trend dan pilihan utama dalam industri kecantikan global.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down