
Diptyque melancarkan haruman terbaru Lazulio sebagai ahli baru bagi koleksi “Les Essences de Diptyque”. Diilhamkan oleh Quentin Bisch, haruman ini masih mengekalkan visi serupa iaitu menzahirkan keindahan semula jadi ciptaan alam.
Jika sebelum ini batu karang, mutiara, kulit kayu dan mawar gurun menjadi ilham dalam penghasilan haruman, Bisch menerokan keindahan fauna yang ada pada bulu burung merak. Ia dizahirkan sempurna sebagai satu aroma yang mentafsir sifat merak itu sendiri.
tema yang sama seperti haruman lain dalam koleksi ini, iaitu menzahirkan keindahan semula jadi yang tiada bau yang ketara — seperti titik permulaan terdahulu: batu karang, mutiara, kulit kayu, dan mawar gurun — menjadi wangian yang memukau.
Rhubarb, benzoin, vetiver dari Haiti dan sedikit haruman mawar menjadi intipati pada penghasilan Lazulio. Nama “Lazulio” merujuk kepada lapis lazuli iaitu sejenis batu berwarna biru yang memukau dan menyerupai rona berkilau pada bulu merak.
Haruman ini hadir dalam kelalang bujur yang cukup ikonik dengan konsep yang boleh diisi semula. Lazulio turut dihiasi ilustrasi cat air hasil karya Nigel Peake yang diinspirasikan daripada karya asal oleh Pengasas Bersama Diptyque, Desmond Knox-Leet.
Quentin Bisch berkata "Salah satu cabaran utama dalam menghasilkan Lazulio adalah menterjemahkan sesuatu yang bersifat visual seperti bulu merak ke dalam bentuk haruman. Secara semula jadi ia tidak mempunyai bau namun sarat dengan simbol dan emosi."




