Langgan

EBA2025: Inovasi Peneraju Trend, Wardah Exosome Epidermal Growth Factor – PDRN Lift Regenerating Serum

Setiap titisan Serum magis Wardah Exosome - Epidermal Growth Factor - PDRN Lift Regenerating Serum ini boleh membuat kulit anda muda!
2 minit untuk membaca
Published: May 1, 2025

Setiap titisan Serum magis Wardah Exosome - Epidermal Growth Factor - PDRN Lift Regenerating Serum ini boleh membuat kulit anda muda dari usia!

Adakah anda mengalami masalah kulit seperti tekstur kulit yang kasar atau kulit kusam? Sekiranya jawapan anda ya, ini bermaksud kulit anda sedang mengalami tanda-tanda awal penuaan. 

Tahukah anda bahawa kulit kita sebenarnya berubah setiap hari? Dan pencegahan untuk kulit menua ini lebih efektif sekiranya dimulakan dari awal, berbanding daripada merawat. 

Wardah

Kulit lebih lembap, lembut dan bebas kedutan!

Wardah Exosome - Epidermal Growth Factor - PDRN Lift Regenerating Serum ini mendapat reviu yang cukup menggalakkan iaitu 97% wanita menyatakan kulit mereka lebih lembap, anjal dan cerah. Manakala 100% setuju kulit menjadi lebih lembut. Dan yang paling penting, 85% menyatakan kedutan kulit berkurangan dengan efektif. Tidak hairanlah mengapa serum ini tular di Asia, malah dijulang sebagai serum terbaik dalam anugerah cantik. 

Apa itu Exosome? 

Ia merupakan teknologi rawatan klinikal yang aktif untuk menggalakkan penghasilan sel-sel kulit baru dalam masa yang sama menganjalkan kulit.

Untuk lebih mudah difahami, Exosome adalah seperti penghantar makanan, di mana mereka bertanggungjawab untuk menghantar makanan kepada kulit apabila mendapat arahan.  

Exosomes ini dihasilkan oleh pelbagai jenis hidupan organisma seperti haiwan, tumbuhan dan mikroorganisma. Ia memainkan peranan yang cukup penting dalam proses komunikasi antara sel. 

Exosome juga membawa pelbagai informasi biologi yang penting. Informasi ini bertindak sebagai arahan untuk memberitahu kulit supaya perbaiki dan perbaharui dengan sendirinya. 

Apa fungsi exosome ini dalam produk penjagaan kulit?

  • Sebagai efek anti-keradangan
  • Memulih dan menghidrat
  • Pengeluar kolagen dan elastin
  • Melindungi kulit

PDRN rangsang penghasilan kolagen

PDRN bertindak mengimbangkan keanjalan kulit dan menggalakkan ketegangan kulit. Epidermal Growth Factor, Bio-identical dengan faktor pertumbuhan berfungsi untuk menggalakkan penghasilan asid hyaluronik dan kolagen semula jadi kulit untuk kulit yang lebih lembut dan anjal. Manakala Proxylane pula menjanjikan kulit yang tegang dan muda remaja. 

Apa yang lebih penting, PDRN serum yang dihasilkan ini adalah hasil dari tumbuhan. Menjadikan serum berkuasa ini bukan saja selamat untuk dipakai malah digunakan tanpa was-was kerana ia vegan, halal dan bio-proven. 

PDRN yang tinggi ketulenannya mampu menggalakkan pertumbuhan sel, ia mempercepatkan kesembuhan luka, merangsang penghasilan kolagen untuk hasil yang cepat dan berkesan. 

Berat molekul yang 5x lebih kecil berbanding dengan PDRN berasal dari haiwan, menghasilkan pembaharuan sel sebanyak 100x lebih efektif. 

Serpihan PDRN yang sepatutnya cukup kecil boleh menyerap masuk ke dalam membran sel dan menyampaikan segala khasiat yang diperlukan kulit lantas menjadikan kulit lebih anjal dan menyerlah. Pro-xylane merupakan molekul hybrid protein gula yang asalnya dari beech wood.  

Ia direka untuk memirip glycosaminoglycans, secara semula jadinya terhasil dari molekul dari dalam kulit yang memainkan peranan penting untuk menghidrat dan menganjalkan kulit. 

Cegah penuaan sebelum terlambat!

Semakin kita berusia, kulit akan menjadi lebih kendur disebabkan kehilangan kolagen dan elastik, lantas kulit lebih nipis dan terjadilah kedutan, garis halus dan kekenduran kulit. Mengekalkan kulit yang lembap dan tebal boleh mengurangkan kekenduran kulit dan kedutan wajah. 

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down