Langgan

Bagaimana Aglow Clinic Mengubah Rawatan Parut Menjadi Simbol Keyakinan Baharu

Revolusi baharu dalam dunia rawatan parut estetik Malaysia.
2 minit untuk membaca
Published: May 26, 2026

Dalam dunia estetik moden yang sering dikaitkan dengan kesempurnaan visual, Aglow Clinic memilih untuk membawa naratif yang lebih mendalam, bahawa pemulihan kulit juga adalah tentang memulihkan keyakinan diri. Tahun ini, jenama estetik ini melakar sejarah tersendiri apabila menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records bagi pencapaian “The Most Scar Treatment Sessions in a Year” selepas merekodkan sebanyak 45,986 sesi rawatan parut sepanjang tahun 2026.

Bagi meraikan pencapaian berprestij itu, Aglow Clinic turut menganjurkan sebuah majlis eksklusif yang dihadiri media, rakan industri kecantikan, influencer, pelanggan VIP serta beberapa selebriti tempatan termasuk Shasha Abedul. Antara momen paling menyentuh perhatian malam itu adalah sesi perkongsian peribadi Shasha mengenai perjalanan rawatan parut beliau bersama Aglow Clinic.

Menurut Shasha, pengalaman menjalani rawatan di Aglow bukan sahaja membantu memperbaiki keadaan kulitnya, malah memberi perubahan besar terhadap keyakinan dirinya sebagai seorang wanita dan figura awam.

Di bawah pimpinan Dr. Amelia Siah, Aglow Medical Group berjaya mengubah persepsi terhadap rawatan parut daripada sekadar prosedur estetik kepada sebuah pengalaman transformasi diri yang lebih menyeluruh. Dengan gabungan teknologi estetik moden, pendekatan perubatan dan pelan rawatan yang diperibadikan, Aglow Clinic kini menjadi antara nama paling dipercayai dalam bidang scar recovery di Malaysia.

Inspirasi Dr. Amelia sendiri bermula daripada pengalaman merawat seorang pesakit yang mengalami kesan calar kanggaru yang serius. Selepas melalui proses pemulihan selama sembilan bulan sehingga mencapai hampir 99% penyembuhan, beliau menyedari bahawa perubahan terbesar bukan sahaja berlaku pada kulit pesakit tersebut, tetapi juga pada keyakinan dan cara mereka melihat diri sendiri.

Turut menjadi fokus utama malam itu ialah ScarAway Programme, program signature Aglow Clinic yang direka khas untuk membantu masalah acne scars dan tekstur kulit melalui gabungan teknologi estetik moden bersama pelan rawatan yang disesuaikan mengikut keadaan kulit setiap individu.

Seiring perkembangan inovasi mereka dalam bidang scar recovery, Aglow Clinic turut memperkenalkan rangkaian Dr. Aglow Medical Grade Skincare yang diformulasikan khusus untuk membantu proses pemulihan selepas rawatan, mempercepat regenerasi kulit serta menyokong penjagaan jangka panjang.

ADVERTISEMENT
Baca Artikel Seterusnya
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down