Langgan

Ulasan Filem: The Odyssey

Christopher Nolan did it again.
2 minit untuk membaca
Published: July 30, 2026

Terakhir kali Christopher Nolan menghasilkan naskhah cereka menerusi "Oppenheimer" dia memberi satu dimensi dan landskap penceritaan dan eksekusi yang lebih besar penghasilannya. Lebih tiga dekad berkarya dengan pelbagai lapisan cerita dan idea yang tidak pernah lekang membuat saya sebagai penonton tidak hanya terhibur tetapi mengutip idea baru dalam penceritaan.

Pabila perkhabaran "The Odyssey" kompilasi puisi tulisan Homer bakal difilemkan tahun lalu, pasti ia mengundang keterujaan. Penceritaan pada teras mitologi Greek ini sebetulnya pernah beberapa kali diadaptasi ke naskhah filem juga siri televisyen. Antaranya siri mini dua bahagian pada tahun 1997 sehingga inspirasi 'Odyssey' yang menjaditunjang cerita "O Brother, Where Art Thou? (2000) filem arahan Coen Brothers.

Homer menulis "Odyssey" dalam lima bahagian yang ditafsir sebagai The Hero, The Journey, The Trials, Home dan Finale. Ia bernadi sebagai sebuah tansisi panjang Odysseus yang berjuang di perang trojan untuk pulang ke pangkuan isterinya, Penolope (Lakonan Anne Hathaway)

Christopher Nolan menggugah sebuah ilham mitologi dengan pendekatan paling komersial buat saya. Ia menjadi satu naskhah yang paling linear dan mudah didekati biarpun durasinya sepanjang 3 jam lamanya. Penceritaan Nolan kali ini benar-benar berada di tempo yang laju dan tidak dibiar lompong dengan babak tidak diperlukan.

Filem ini jika diikutkan bergerak dalam kelompok sub-plot yang beragam. Banyak interplay mengisi durasi penceritaan namun ia tidak disusun terburu, Nolan mengorak setiap babak dengan kemas dan tidak choppy. Setiap sub-plot disusun berkait dan tidak sukar untuk difahami.

Matt Damon sebagai Odysseus menampilkan sisi karisma dan maskulin yang diperlukan. Dalam kebanyakan babak Damon bergitu selesa dan bersahaja dalam memainkan peranannya. Anne Hathaway lebih beremosi di hampir setiap babak. Dan saya kira menerusi filem ini dengan screen time yang dia miliki, pencalonan bagi kategori Aktres Terbaik bagi next Oscars hampir pasti menjadi miliknya.

Keseimbangan cerita dicapai baik lewat adaptasi ini. Sebagai penonton kita melihat sisi pahlawan seorang Odysseus, pada masa yang sama sisi seorang suami yang berjuang untuk kembali bersama keluarganya itu menyeimbangi alur cerita.

Melewati teknikal filem ini, saya paling tertarik dengan kostum, rekaan set serta sound design filem ini. Sinematografi tidak perlu diragukan dan dengan barisan pelakonpembantu yang rata-ratanya A-List cast menjadi ia sebuah ketertarikan untuk ramai menonton filem ini.

Sehingga filem yang ke-13 Christopher Nolan ini, saya kira ia menjadi naskhah paling komersial yang pernah dia hasilkan. Ceritanya, barisan pelakonnya sehingga pemarasan filem ini menjadi filem paling besar skala bisnes dan komersialnya. Berbanding "Dunkirk", "Inception" atau "The Dark Knight Rises", "Odyssey" sepastinya akan menjadi naskhah yang paling diraikan dalam jangka masa yang panjang.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down