Musim perkahwinan adalah satu sambutan yang kemeriahannya berterusan, lebih-lebih lagi apabila tiba musim cuti yang panjang. Ia kini diselang samakan personalisasi dan pengalaman yang tersendiri. Marriott Bonvoy sekali lagi mendefinisikan semula makna hari bahagia menerusi pelancaran Marriott Bonvoy Wedding Showcase 2026 - The Journey Series. Sebuah pameran perkahwinan yang mengangkat naratif cinta ke tahap yang lebih tinggi dan bererti.
Lokasi Dan Tarikh Acara
Bertempat di Renaissance Kuala Lumpur Hotel & Convention Centre pada 25 dan 26 April 2026, acara ini menghimpunkan vendor dalam satu ruang perancangan konvensional. Ia merupakan sebuah perjalanan yang dicipta merangkumi setiap detik, dari lamaran pertama hingga bulan madu yang diimpikan. Dalam suasana Grand Ballroom \serba sofistikated, pasangan dijemput menyelami pengalaman penuh inspirasi bermula jam 10 pagi hingga 8 malam. Disinilah setiap sudut dirangka dengan sentuhan estetika dan emosi yang halus.

Memasuki tahun ketiganya, showcase ini menampilkan portfolio luas lebih daripada 23 lokasi perkahwinan di bawah jenama Marriott Bonvoy. Dengan ballroom megah hingga resort pinggir pantai dan taman urban yang mempesona. Namun yang benar-benar membezakan edisi kali ini adalah pendekatan naratifnya, tiga zon tematik yang membentuk sebuah aliran cerita perkahwinan moden. 'Say I Do' menampilkan resepsi elegan penuh kemewahan, 'Just Us Two' menghidupkan impian bulan madu eksklusif, manakala 'Ties That Bind' meraikan keintiman serta warisan budaya dalam suasana yang lebih peribadi.
Tarikan Utama
Selari dengan evolusi gaya hidup masa kini, perkahwinan bukan lagi hanya acara besar-besaran. Ia adalah refleksi identiti, nilai dan aspirasi pasangan. Justeru itu, Marriott Bonvoy menghimpunkan kolektif kurator terbaik industri tempatan bagi melengkapkan setiap detik. Bermula dengan rekaan busana pengantin oleh Fiziwoo dan HeetamPuteh yang menampilkan keanggunan kontemporari, hingga perancangan teliti oleh Wedding Ministry dan Merindu Saviour. Setiap elemen disusun dengan kepekaan terhadap estetika dan emosi.

Keindahan visual pula diperkaya melalui sentuhan dekorasi oleh Flair Design dan Impian Design. Sementara detik-detik berharga diabadikan oleh Bangsawan Pictures dan Hue and Heart. Mencipta memori yang bukan sahaja dirakam, tetapi dirasai. Daripada sudut kecantikan, nama-nama seperti Bosco Ryzal dan Khir Khalid menjanjikan transformasi penuh pesona, manakala pengalaman kulinari disempurnakan oleh Hetam dan Little Bite Bunga. Segalanya menjadikan setiap perincian sebagai sebuah seni.

Lebih daripada hanya berkongsi inspirasi, pengalaman ini turut diperkaya dengan ganjaran eksklusif yang mengangkat lagi nilai perjalanan cinta tersebut. Antara paling memikat adalah peluang 'Wedding on Us' yang menawarkan kemenangan sehingga MYR150,000. Selain pakej bulan madu mewah ke Krabi dan Bali. Penginapan di Phulay Bay, a Ritz-Carlton Reserve dan The St. Regis Bali Resort menjanjikan eskapisme romantik yang sarat dengan kemewahan. Sebuah penutup sempurna kepada permulaan baharu.
Akhirnya, Marriott Bonvoy Wedding Showcase 2026 - The Journey Series menjadi sebuah deklarasi bahawa perkahwinan hari ini adalah tentang cerita yang unik. Membina pengalaman yang bermakna dan detik yang diabadikan dengan penuh keindahan. Di sinilah, setiap kisah cinta diberi ruang untuk bermula dengan gaya, dengan jiwa dan dengan memori yang akan kekal selamanya.

