
Hari Ibu bukan sekadar tentang bunga, brunch atau kad ucapan. Ia juga peluang untuk berehat dan meluangkan masa berkualiti bersama wanita yang sentiasa menemani setiap babak dalam kehidupan anda. Antara cara paling mudah namun bermakna untuk meraikan Hari Ibu adalah dengan menonton filem bersama. Sama ada ibu anda menggemari filem klasik yang evergreen, komedi ringan atau drama penuh emosi, ELLE kongsikan tujuh filem yang sesuai untuk ditonton bersama sempena Hari Ibu.
1. Mamma Mia (2008)

Sama ada Ibu anda penggemar ABBA ataupun filem komedi chick-flick, Mamma Mia adalah antara filem terbaik untuk ditonton bersama Ibu anda. Mesra keluarga, penuh comedi dan emosi yang menyentuh kalbu, filem muzikal yang di bina berdasarkan lagu-lagu hit ABBA ini telahpun menjadi klasik kesukaan ramai. Dengan menonton filem ini, ramai ibu dan anak boleh melihat cerminan diri mereka dalam kasih sayang yang digambarkan oleh watak Sophie dan Ibunya Donna.
2. Barbie (2023)

Tiada filem yang mencerminkan spektrum penuh womanhood dalam ingatan terdekat selain Barbie arahan Greta Gerwig. Pada asasnya, mungkin filem ini kelihatan cetek dan terlebih gedik, dengan estetik Barbie yang sangat feminin dan pink. Tapi filem Barbie mengajar kita bahawa ciri-ciri keperempuanan bukan sesuatu yang memalukan. Filem ini bukan sahaja meraikan wanita tapi juga menyentuh tentang hubungan ibu dan anak apabila melihatnya dengan lebih mendalam.
3. Everything Everywhere All at Once (2022)

Filem pemenang anugerah Oscars untuk Best Picture bagi tahun 2022 ini dipenuhi adengan sci-fi dan aksi. Namun yang demikian, cerita ini juga berpaksi pada keluarga imigran Cina di Amerika Syarikat, lebih spesifik lagi pada hubungan watak Evelyn, lakonan oleh Michele Yeoh, dan anak perempuannya Joy, lakonan Stephanie Hsu. Penuh dengan pelbagai babak menarik tontonan filem ini pasti akan membuat anda menantikan adengan seterusnya. Watak Evelyn juga telah memberi Michele Yeoh anugerah Oscar untuk pelakon wanita terbaik pada tahun 2022.
4. Brave (2012)

Sekiranya Ibu anda menggemari filem animasi, Brave adalah filem terbaik untuk tontonan bersama ibu anda pada hari ibu. Filem pemenang anugerah Oscar untuk Best Animated Feature Film pada tahun 2012 ini menceritakan kembara Merida bersama Ibunya dalam misi membaiki hubungan mereka. Selain animasi yang cantik dan latar belakang Scotland kuno yang kaya dengan budaya, filem ini juga akan membawa tangisan pada mata anda.
5. Mami Jarum (2002)

Beralih daripada filem yang membawa air mata, Mami Jarum adalah filem komedi yang tidak perlu diterangkan kepada ramai ibu-ibu di Malaysia. Walaupun ia tidak menyentuh tentang hubungan ibu dengan lebih mendalam, ia masih penuh pengajaran dan membincangkan hal-hal wanita. Tontonan bersama ibu anda semestinya membawa pengalaman throwback yang penuh dengan ketawa.
6. Kabhi Khushi Kabhie Gham (2001)

Kali ini daripada era apabila Bollywood menakluki bidang filem di Malaysia, satu lagi filem throwback untuk tontonan bersama ibu anda adalah Kabhi Khushi Kabhie Gham. Filem ini bintangi pelakon-pelakon ikonik Bollywood terutamanya Shah Rukh Khan. Tontonan filem ini akan membawa kembali nostalgia kepada zaman muda-mudi ibu kita. Plot yang mengikuti hubungan keluarga dalam cerita ini juga sudah pasti akan membawa tangisan. Oleh itu, sediakan sekotak tisu berdekatan!
7. Circus of Life (2026)
Di tayangkan sempena hari ibu dan kini di pawagam, filem Cantonese tempatan, Circus of Life tampil membawa kisah tentang kasih sayang seorang ibu. Dalam filem ini, watak ibunya sentiasa menjadi tempat bergantung dan terus berusaha “membawa pulang” anaknya. Filem ini penuh sentuhan yang dekat dengan budaya masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Circus of Life bukan sahaja menyentuh tema kekeluargaan dan pengorbanan seorang ibu, tetapi juga menjadi refleksi tentang cinta, harapan, dan hubungan manusia.

