Langgan

Raikan Hari Ibu Dengan 'Chapters of Craft Afternoon Tea' di The LIBRARI, The RuMa Hotel and Residences

Destinasi Hari Ibu yang wajar diletakkan dalam senarai anda.
2 minit untuk membaca
Published: May 3, 2026

Dengan Hari Ibu yang semakin hampir, tentu sekali kita ingin meraikannya dengan cara yang lebih bermakna. Sama ada untuk ibu tersayang, figura keibuan, kakak, atau bahkan diri sendiri, ini adalah saat untuk menghargai kasih sayang dan pengorbanan yang sering tidak terungkap.

Jika anda masih mencari destinasi yang sesuai, anggap ini sebagai cadangan yang patut dipertimbangkan: ‘Chapters of Craft Afternoon Tea’ di The LIBRARI, The RuMa Hotel and Residences, yang dihasilkan dengan kerjasama Lladró, jenama porselin buatan tangan dari Sepanyol.

Hari Ibu
Gambar: The RuMa Hotel & Residences

Bertempat dalam suasana intim ala perpustakaan di The LIBRARI, pengalaman ini disusun dalam lima bab, setiap satunya dirangka dengan teliti, mengolah semula cita rasa tempatan melalui sajian savoury dan manisan. Jangkakan elemen Malaysia yang cukup dekat di hati seperti rendang tok, nasi dagang dan banyak lagi, diterjemahkan ke dalam hidangan yang lebih elegan dan diperhalusi.

Cef Eksekutif Suhalmi Tasir memberikan sentuhan moden pada hidangan-hidangan ini. Ketika sesi pratonton, cef berkongsi bahawa asas kepakarannya terletak pada masakan tradisional Melayu yang kini diangkat dengan pendekatan gourmet. Hasilnya jelas terpancar dalam sajian seperti arancini berinspirasikan nasi dagang dan ayam gulai, serta vol-au-vent halus dengan salad nasi bunga telang, udang kecil dan bunga bawang putih, keseimbangan antara tradisi dan teknik moden.

Hari Ibu
Gambar: The RuMa Hotel & Residences

Bagi mereka yang menginginkan hidangan yang lebih mengenyangkan, tersedia juga pilihan beef dan salmon Wellington dibakar sempurna dengan inti yang padat dan memuaskan, sebagai pelengkap yang lebih hearty kepada pengalaman minum petang ini. Pilihan ini memastikan anda pulang dengan rasa puas hingga ke suapan terakhir.

Di bahagian manisan pula, Être Patisserie meneruskan naratif ini dengan pencuci mulut yang membangkitkan nostalgia. Mousse teh tarik berlapis kompot pisang disajikan bersama tart kopi putih Ipoh, lengkap dengan ganache dan praline yang diilhamkan dari bandar tersebut. Melengkapkan pengalaman ini ialah sentuhan seni porselin Lladró. Bentuk bunga yang halus dan komposisi arca daripada koleksi seperti ‘Flower Heritage’ dan ‘Utopical’ diperagakan dalam ruang, setiap satunya dihasilkan secara buatan tangan dengan perhatian terperinci.

Hari Ibu
Gambar: The RuMa Hotel & Residences

'Chapters of Craft Afternoon Tea' di The LIBRARI, The RuMa Hotel and Residences berlangsung sehingga 30 Jun 2026. Pengalaman ini tersedia dalam dua sesi, iaitu 1:30 petang hingga 3:30 petang dan 3:30 petang hingga 5:30 petang. Ditawarkan pada harga The Prelude (1 orang) pada RM168, tersedia setiap hari. Manakala The Grand Volume (2 orang) berharga RM358 dan hanya ditawarkan pada hari Sabtu dan Ahad.

ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down