Sempena sambutan bulan kemerdekaan tahun ini, Aloft Kuala Lumpur Sentral mempersembahkan sebuah seleksi rasa yang bukan sekadar menyegarkan tekak, tetapi menghidupkan semangat Malaysia sebenar. Dari mocktail berinspirasi tempatan hingga cocktail berperisa unik dan hidangan pembuka minum petang yang pedas menggoda, inilah waktunya untuk anda meraikan teatime 4 bintang dengan cara paling bergaya dan berani.
Sippin’ Malaysia Di W XYZ Bar
Mulakan pengalaman anda di W XYZ Bar dengan tiga mocktail eksklusif yang menampilkan identiti rasa Malaysia.
- Teh Tarik Float – Gabungan Teh Masjid dan susu pekat manis, dihiasi aiskrim vanila menyegarkan. Rasa klasik tempatan dengan sentuhan moden.
- Asam Boi Spritz – Kombinasi tempatan asam boi, soda lemon-limau, madu dan daun limau purut. Sempurna untuk cuaca tropika.
- Honey Supreme – Campuran kemanisan madu, jus oren dan ginger ale masam tetapi menyegarkan. Secara keseluruhannya manis, pedas dan penuh karakter.
Tersedia di W XYZ Bar bermula jam 9:00 pagi hingga 12:00 tengah malam, sehingga 30 September 2025. RM25nett segelas.

Boozy-Lah! Di Mai Bar
Bagi anda yang ingin meraikan dengan cara lebih ‘dewasa’, Mai Bar mempersembahkan rangkaian cocktail dengan sentuhan lokal dalam siri “Boozy-Lah!”.
- Tiki Pandan – Rum, jus nenas, pandan, kelapa dan sirap gula Melaka untuk rasa tropika yang menggoda.
- Harum Manis – Yuzu, mangga puri, Jack Daniel’s Tennessee Honey dan krim. Manis, berani dan sofistikated.
- Cendol Reimagined – Cendol dalam bentuk yang belum pernah anda rasai. Susu, rum putih, Baileys dan sirap gula Melaka.
Disajikan di Mai Bar bermula jam 4:00 petang hingga 12:00 tengah malam setiap hari, sehingga 30 September 2025. RM42nett segelas.

Sambal Di Gamberi Crostini: Pedas Gaya Italia
Buat anda yang ingin menjamu selera sambil mengangkat rasa Malaysia, cuba Sambal di Gamberi Crostini. Ia interpretasi unik Sambal Udang dalam bentuk crostini Itali. Gabungan udang berperisa sambal yang pedas dan beraroma, disajikan atas roti panggang rangup, padanan sempurna untuk mana-mana cocktail dari siri Boozy-Lah!
Tersedia di Mai Bar sebagai sebahagian daripada tawaran Giganti Crostini. RM38nett setiap crostini.

Raikan Dengan Gaya Malaysia
Dengan suasana penuh gaya, minuman yang kreatif dan hidangan penuh karakter, Aloft Kuala Lumpur Sentral adalah destinasi ideal untuk anda meraikan santapah Hari Merdeka dan Hari Malaysia tahun ini. Sama ada anda pencinta mocktail atau peminat cocktail, atau hanya ingin mencuba sesuatu yang baharu, ini adalah pengalaman gastronomi yang wajib anda cuba.
