Kempen Plastic Free July merupakan kempen kesedaran yang disambut setiap bulan Julai di peringkat antarabangsa. Industri fesyen diisytiharkan sebagai antara penyumbang pencemaran plastik terbesar pada tahun 2020 iaitu dengan 8.3 juta tan, mengambil sejumlah 14% daripada sektor yang lain (Changing Markets Foundation, 2024). Isu pencemaran fesyen dan isu penggunaan plastik di dalam fesyen seringkali diangkat sebagai topik penting bagi setiap penyokong alam sekitar. 69% daripada pembuatan fabrik adalah untuk fabrik berplastik— jumlah itu cukup besar bagi pengguna harian! Bagi menggalakkan lagi kempen ini, penting untuk ELLE ingin mengingatkan semua bahawa setiap pencegahan pencemaran adalah bermula dengan pengguna harian sendiri!

Impak Plastik Dan Alam
Cogan kata Plastic Free July yang menjadi judul kempen memberikan inisiatif yang nampak mudah tetapi mencabar, dan melibatkan sejumlah 100 juta peserta di 190 negara! Dengan isu yang dibangkitkan, dimanakah tempat kita yang sebenarnya dalam membanteras penggunaan plastik dalam aspek fesyen? Apakah yang boleh kita lakukan sebagai pengguna fesyen untuk mengurangkan konsumsinya dalam pemakaian harian?
Senantiasanya plastik sebenarnya menjadi bahan utama dalam fabrik harian kita. Pencemaran plastik bermula dari setiap basuhan baju berplastik yang selanjutnya menggugurkan microplastik yang dialirkan pada sungai dan laut. Hidupan laut makan microplastik dan kita pula makan hidupan laut, menjadikan kitaran hidup terganggu dengan pencemaran plastik.

Pemilihan Fabrik
Seterusnya, mari lihat contoh-contoh fabrik berasaskan plastik. Yang pertama adalah setiap fabrik yang panggilannya bermula dengan “poly”. Ini termasuklah polyester, polyblend, dan polyethylene. Yang kedua adalah semua fabrik yang mudah diregang. Contohnya terletak pada fabrik spandex, elastane, dan lycra. Sifat plastik yang ringan menjadikan fabrik dapat diregang dengan mudah. Kesemua fabrik ini kerap didapati terutamanya dalam pakaian sukan dan pakaian dalam. Ketiga adalah fabrik yang murah. Polyester giat digunakan dalam penghasilan pakaian kerana titik harganya yang cukup rendah, jadi laburkan duit dalam mencari fabrik berasaskan kapas atau linen untuk penggunaan pakaian yang berjangka tinggi.
ELLE semestinya tidak menghakimi jika pengguna tidak peka dengan fabrik berplastik. Namun apa yang penting adalah keazaman dan kelangsungan dalam mengurangkan pembelian dan penggunaannya dalam kepingan fesyen harian. Trend-trend seperti busana kapsul atau thrift juga dapat membantu dalam membanteras konsumsi plastik. Berfesyenlah dengan integriti dan hemah!
Sumber gambar: Pexels