Langgan

Plan Your Escape: Koleksi TUMI Fall 2025

Your ticket to stylish escapism.
2 minit untuk membaca
Published: August 7, 2025

(Kiri ke Kanan): Bagasi TUMI 19 Degree Lite International 4-Wheeled Carry-On dalam warna Wine dan Pavement

Gaya Kosmopolitan, Semangat Tanpa Henti

Untuk Fall 2025, TUMI membawa semangat New York, sebuah bandar yang penuh tenaga, kreativiti dan keberanian ke dalam setiap rekaan. Koleksi ini memberi penghormatan kepada warisan 50 tahun jenama sebagai pencetus gaya dan penggerak budaya kota, menerusi pilihan beg dan aksesori yang teguh, versatil dan penuh gaya. Diperindah dengan cetakan ikonik dan perincian berani, ia mencerminkan kekuatan serta ketangkasan mereka yang terus melangkah ke hadapan, tanpa henti. Lebih-lebih lagi dalam dunia hari ini yang tidak lagi mengasingkan antara urusan dan peribadi, gaya hidup bleisure (gabungan business dan leisure) menjadi norma baharu. Maka, beg dan aksesori anda harus sama serba boleh dan bersedia untuk apa jua kemungkinan.

Dari Mesyuarat ke Me-Time, TUMI Mengikut Rentak Anda:

  • Koleksi Alpha Bravo kembali dengan sentuhan baharu yang lebih segar, menampilkan gaya dinamik seperti Surveillance Flap Backpack dan Roadstead Messenger dalam rona eksklusif Navy Coated Canvas, reinterpretasi moden kepada gaya maskulin klasik.
  • Koleksi Voyageur pula menghidangkan rona Mink, TUMI Red dan Wine, cukup ideal buat wanita moden yang mendambakan gaya versatil untuk ke mana sahaja.
  • Just In Case®, tote lipat ikonik kini tampil garang dengan cetakan grafiti penuh attitude, meraikan semangat rebellious dan ekspresi diri tanpa batas.
  • Koleksi ikonik 19 Degree kembali dengan palet warna musim luruh yang bold dan sophisticated, terinspirasi daripada keanggunan urban garden. 19 Degree Lite tampil dalam rona Wine dan Pavement yang dalam, membangkitkan bayangan dedaunan luruh dan tekstur jalan berbatu. Sementara itu, 19 Degree Polycarbonate diperhalus dengan sentuhan Moonrock, warna neutral futuristik yang membawa keseimbangan antara coolness dan ketenangan.
  • Untuk wanita yang sentiasa ke hadapan, koleksi Olas mempersembahkan siluet minimalis dan perincian material kulit ringan yang memikat, pelengkap sempurna untuk setiap detik antara kerjaya dan kehidupan peribadi.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down