
Pencinta kulinari, inilah pengalaman mesti yang mesti dicuba! Setiap Jumaat malam, M Resort & Hotel Kuala Lumpur mempersembahkan pengalaman santapan steamboat yang lain daripada yang lain. Dinamakan 'Steamboat Soiree', pengalaman ini menampilkan seleksi hot pot klasik, diperkaya dengan hasil tangkapan segar serta pilihan kegemaran rakyat Malaysia, semuanya semuanya disajikan dalam suasana santai di tepi kolam yang menawan.
Sensasi Rasa Yang Tidak Boleh di Lupakan

Pelbagai pilihan sup tersedia seperti sup ayam, tom yam yang berempah dan juga sup ayam berperisa buah kundur dan kelapa, setiap satu memberikan rasa dan aroma tersendiri yang unik. Terdapat juga dua pilihan set istimewa, kedua-duanya dipenuhi dengan sayur-sayuran tempatan seperti cendawan Shiitake, cendawan Shimeji, labu, lobak merah, lobak putih, jagung, Taufu Fah, tauhu Pok serta telur, semuanya bersedia untuk memberi pengalaman steamboat yang memuaskan deria.
Dua pilihan set yang disediakan pula berbeza dari segi lauknya.
Set A: Seafood Symphony
- Menghidangkan seleksi makanan laut termasuk siakap fillet, udang kara, kerang, kupang, kekapis separuh cengkerang, bebola ikan, kek ikan, tauhu seafood dan tauhu gulung.
Set B: Meat Lover's Fest
- Dipenuhi seleksi daging seperti hirisan daging lembu, ayam, kambing dan dihidangkan juga dengan bebola seafood, bebola Ikan beserta keju, fucuk ikan, tauhu seafood dan juga tauhu gulung.

Tingkatkan lagi pengalaman rasa steamboat anda dengan pilihan minyak bawang beraroma, sos cili buatan sendiri dan sos hijau Thai yang memikat deria. Sebagai pelengkap, tersedia juga mi kering Vit’s dan Yee Mi, sempurna untuk menyerap sup yang kaya rasa. Untuk padanan perisa yang lebih tepat, pelbagai add-ons turut disediakan dengan caj tambahan.
Tempahan Meja
Steamboat Soiree tersedia setiap Jumaat dari jam 6.00 petang sehingga 10.30 malam. Setiap set ditawarkan pada harga RM118 dan sesuai untuk dua orang. Hubungi +603 7773 7690 atau e-mel [email protected] untuk membuat tempahan. Tempat duduk adalah terhad!
