Mother Monster, iaitu Lady Gaga membuat kemunculan istimewa dalam episod enam musim kedua siri Wednesday! Bermainkan watak Rosaline Rotwood yang merupakan seorang professor berbaka Raven. Bersama solekan bleached brows, wajah pucat gothic, pembayang mata yang menampilkan aura half dead. Ternyata kas karakternya merupakan pilihan tepat.
Estetika Lady Gaga dan Tim Burton
Paparazzi, Judas, Abracadabra... Sejak permulaan kerjayanya lagi, Lady Gaga tidak pernah lekang dengan estetika misteri, liar, gothic dan gore. Bunyinya mirip, bukan? Ia kerana estetikanya serasi dengan Tim Burton! Dari estetikanya itu jugalah tercetus gelarannya sebagai Mother Monster. Tambahan pula setelah lagu Bloody Mary tular digunakan untuk mempromosikan siri pertama Wednesday, tidak hairanlah Tim Burton, pengarah filem seram gothic terkenal, melantik Lady Gaga. Bagi meraikan episod terakhir, Gaga juga tampil dengan video muzik baharu bagi album terbarunya, MAYHEM, berjudul The Dead Dance, diarah khas oleh tidak lain tidak bukan, Tim Burton.
Dengan slogan "Do The Dead Dance", video muziknya dilimpahi anak patung. Ada yang tidak berbadan, tidak berkepala, dan semuanya tampak rosak dan lama. Amat menyeramkan, dan amat Wednesday! Ditambahkan pula dengan pergerakannya yang kaku dan menyerupai lagak seorang zombie, video itu juga berona hitam putih, sehinggalah tiba di bridge ketika frasa "I'll dance until I'm dead" dinyanyikan.


