Langgan

Meraikan 3 Dekad Bersama Dato' Sri Siti Nurhaliza

Siap sedia bagi malam penuh nostalgia meraikan era-era lagu bersama Dato' Sri Siti Nurhaliza hujung minggu ini.
2 minit untuk membaca
Published: July 3, 2025

Biduanita kesayangan negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza, kembali menghiburkan peminat sempena meraikan tiga dekad kegemilangannya! Dari magnum opus seperti Jerat Percintaan hinggalah ke karya terkini dalam album SITISM, para peminat pasti akan dihidangkan dengan malam penuh nostalgia dan keindahan muzik yang memukau. Konsert istimewa dua malam ini akan berlangsung pada 5 dan 6 Julai, jam 8.30 malam, di Arena of Stars, Resorts World Genting Highlands.

Dengan tema Violet Skies, Siti bakal membawa penonton menyusuri perjalanan seni muziknya yang gemilang. Suaranya yang lunak serta pesonanya yang memikat, merentas generasi dan menjanjikan pengalaman luar biasa buat semua penonton. Para peminat boleh menjangkakan persembahan vokal bertenaga, rangkaian lagu ikonik, pentas berprestij dan produksi bertaraf dunia dalam konsert istimewa hujung minggu ini. Turut memeriahkan malam sebagai penyanyi jemputan ialah Noh Salleh daripada kumpulan indie ikonik, Hujan.

Permulaan Legenda Dato' Sri Siti Nurhaliza

Segalanya bermula dengan kemenangan dalam pertandingan nyanyian Bintang RTM, diikuti kejayaan album debutnya pada tahun 1996, serta malam bersejarah ketika mendominasi Anugerah Juara Lagu 1997. Namun, itu hanyalah permulaan bagi Dato' Sri Siti Nurhaliza. Sejak itu, setiap anugerah dan rekod industri muzik diraih satu demi satu, bagaikan domino yang jatuh tersusun mewujudkan jurang yang membezakan beliau daripada mana-mana penyanyi lain dalam sejarah muzik tanah air.

Peluang keemasan menjadi sebahagian daripada crowd bagi konsert eksklusif ini sememangnya tak patut dilepaskan! Siap sedia untuk dibawa kembali ke zaman awal 2000, menikmati lagu-lagu yang setiapnya menjadi timeless classics, dan resort bersepadu terkemuka di Malaysia semuanya pada satu malam. Sama ada secara sendiri atau bersama yang tersayang, keindahan muzik yang memukau tatkala Dato’ Sri Siti Nurhaliza menguasai pentas konsert ulang tahun ini pasti dapat meninggalkan kenangan yang terindah.

Berkod pakaian ungu, putih dan hitam, harga tiket bermula dari RM768 (VIP), RM658 (PS1), RM528 (PS2), RM398 (PS3), and RM278 (PS4). Tidak dilupakan, ahli Genting Rewards Card juga berpeluang menikmati diskaun tetap sebanyak 10% melalui pembayaran tunai, kad kredit, atau penebusan Mata Ganjaran Genting bagi pembelian tiket VIP, PS1, PS2 dan PS3. See you there?

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down