
Hari bapa datang lagi dengan sebuah pengisian meraikan kasih sayang serta pengorbanan. ELLE menyenarai pendek filem terbaik tentang fatherhood. Keluar daripada senari tipikal seperti 'Persuit of Happyness' atau 'Father of the Bride' - Ini filem-filem tentang fatherhood yang berlapis emosi bersulam kritikan sosial yang wajib menjadi wahana tontonan anda.
The Son's Room (2001)
Giovanni seorang pakar psikiatri tugasnya mendengar tentang keluhan, kehilangan dan konflik. Di saat dia kehilangan anak lelakinya, dilema menghimpit. Filem ini membawa pengisian grief and lost yang ditanggung seorang bapa yang menyimpan berat emosi dan resah kehilangan. Disaat tugas sehariannya menyenangkan pesakit yang datang, siapa yang sebenarnya yang mampu menenangkan dia? Sarat emosi dan kemanusiaan.
Aftersun (2022)
Filem ini dibentuk dalam satu pengalaman berbeza menimkmati naratif cereka drama. Di hujung filem baru kita sedar bahawa apa yang kita tonton adalah sebuah point of view watak utamanya Sophie yang telah dewasa. Paul Mescal menerusi filem ini memberikan persembahan terbaiknya di layar perak.
Beautiful Boy (2018)
Kisah David seorang bapa yang harus mendepani ketagihan dadah anak lelakinya, Nic Sheff lakonan Timothee Chalamet. Sebuah filem yang melewati kepayahan dan perhubungan seorang bapa dan anak yang berbalut konflik emosi yang dalam. Penuh dengan dialog panjang, air mata dan tekanan lewat naratif yang menuntut fokus dan kedalaman rasa penonton.
The Descendants (2011)
Pulang dengan Anugerah Akademi menerusi kategori Lakon Layar Adaptasi terbaik, Alxander Payne membuktikan sebuah filem penuh kasih sayang turut mampu menjadi perhatian juri Oscars. Chemistry lakonan George Clooney dan Shailene Woodley benar-benar menjadi nadi pelengkap alur cerita yang ditulis.
C'mon C'mon (2021)
Filem hitam putih terbitan A24 ini membawa satu pengalaman cukup puitis dalam melewat cereka drama dan kasih sayang. Cukup banyak babak yang membekas rasa dan memori dengan lapisan emosi yang membuat penonton tersentuh. Hanya untuk melihat Joaquin phoenix bebas dalam melakar perwatakan sahaj sudah membuatkan ia sebagai father figure yang terbaik di skrin.
