Langgan

Iklan Merdeka 2026 Pilihan

Meraikan kemerdekaan ke-69 dengan naratif perpaduan
1 minit untuk membaca
Published: August 28, 2026

Saban tahun dalam kita menyambut ulang tahun kemerdekaan negara ia pasti bersulam sebuah dedikasi khusus jenama korporat tempatan terhadap negara. Datang dalam sebuah pengisian visual yang bercerita tentang kesaksamaan, perjuangan dan nasionalisme - setiap iklan kemerdekaan ini diramu dalam sebuah satira perpaduan. Tahun ini juga tidak kurangnya dedikasi patriotisme dalam format iklan yang boleh ditonton semua.

 

Jika tahun sebelum-sebelum ini PETRONAS memilih karya cereka dalam sebuah penghasilan iklan merdeka mereka, tahun ini menjadi lebih menarik. Ini kerana iklan merdeka PETRONAS tahun ini mengambil sajak tulisan Profesor Emeritus Dr. Muhammad Haji Salleh berjudul "Jangan Kau Kata" sebagai naratif utama yang menggerakkan iklan merdeka tahun ini.

Iklan merdekan BHPetrol antara yang paling menarik perhatian tahun ini. Mengambil judul "Saya Taula" ini menampilkan perpaduan masyarakat berbilang bangsa. Lebih menarik iklan ini menampilkan banyak sekali pelakon ternama seperti Namron, Jun Lojong dan Fikri Ibrahim sebagai Shakur yang menjadi bintang utama iklan ini.

Membawa pendekatan naratif kejiranan dan sambutan kemerdekaan, iklan Farm Fresh berjudul "Orang Kita" menyantum kisah masyarakat. Menampilkan Azhan Rani sebagai bintang utama. Ceritanya yang disampaikan cukup simple namun dekat dengan kebanyakan orang.

Maybank melewati ilham sejarah dan warisan jenama mereka seiring dengan kemerdekaan Malaysia. Penonton dibawa menelusuri perjalanan Maybank sebagai sebuah institusi yang dekat dengan masyarakat dan bagaimana ia berkembang sama dengan kemajuan negara.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down