Langgan

Mahkota Miss World Malaysia 2024 Milik Taanusiya Chetty!

Wanita berumur 24 tahun ini kini menjadi tumpuan orang ramai
2 minit untuk membaca
Published: December 6, 2024

Gambar: tanusiyaa_ / instagram

ELLE Malaysia ingin mengucapkan ribuan tahniah kepada Taanusiya Chetty! Bermula dari bawah, kini Taanusiya Chetty, 24 tahun, berjaya dinobatkan sebagai Miss World Malaysia 2024! Masih lagi menuntut dalam bidang TESL, wanita muda ini bukan sahaja menggegarkan dunia, malah telah meraih pelbagai anugerah berprestij. Antara pencapaian beliau termasuk Top Model Award, Lavisha Ambassador dan Miss Ayu Borneo Award. Selain itu, dia juga merupakan Cape Rhino Ambassador dan telah meraih Charity Queen Award. Taanusiya juga diiktiraf dengan anugerah Best in Evening Gown dan Miss LYC. Kami sangat berbangga melihat perjalanan hebatnya yang penuh dengan inspirasi!

Gambar: be.the.change_my / instagram

Dalam sesi soal jawab, Taanusiya diajukan soalan mengenai isu sosial yang ingin dibentangkan kepada pemimpin dunia. Dia juga diminta untuk memberi cadangan mengenai langkah-langkah yang perlu diambil untuk menangani isu tersebut. Jawapan beliau yang penuh makna ini menjadi antara faktor utama kemenangannya.

Semasa acara di Sabah pada 3 Disember, Taanusiya Chetty berkongsi impian dan visinya. "Saya ingin menggunakan platform 'Beauty With A Purpose' untuk mengangkat isu yang melibatkan kanak-kanak kerana mereka membesar melalui pelbagai cabaran." Taanusiya yang beraspirasi untuk menjadi seorang guru sangat prihatin terhadap kebajikan kanak-kanak.

Busana Taanusiya Chetty

Gambar: tanusiyaa_ / instagram

Bukan itu sahaja, busana yang dipakai oleh Taanusiya semasa berada di Sabah juga sangat menarik perhatian. Warna-warna terang yang memikat dan perincian yang sungguh menakjubkan membuatkan busana tersebut begitu menonjol. Busana ini direka khas untuk seorang ratu. Ia dihasilkan oleh Arma Couture, sebuah jenama yang terkenal dengan kepakaran mereka gaun pengantin. Bukan itu sahaja, Arma Couture juga telah menggayakan ramai selebriti Malaysia. Keanggunan dan keunikan busana tersebut jelas memancarkan aura yang mengagumkan. Hal ini menjadikannya tumpuan ramai.

Gambar: roadtothecrownmy / instagram

Rakan-rakan seperjuangan Taanusiya turut memberikan sokongan di ruangan komen pada posting beliau. Mereka tidak ketinggalan mengucapkan tahniah atas kejayaannya. Antara yang menyampaikan ucapan tahniah adalah Sandra Lim (Miss Universe Malaysia 2024). Selain itu, Dr. Prasana Shri (Miss Eco International Malaysia 2022) juga turut mengucapkan tahniah. Ashlyn Ooi (Miss International Malaysia 2024) dan Rashmita Rasindran (Miss Charm Malaysia 2024) turut menyertai senarai tersebut.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down