Langgan

Gaun Pengantin Ikonik Dalam Filem yang Masih Jadi Ingatan

Iconic scene with iconic look!
2 minit untuk membaca
Published: August 28, 2025

Here comes the bride! Setiap wanita pasti menginginkan gaun perkahwinan yang memukau di hari bahagianya. Gaun pengantin melambangkan cinta, keanggunan dan impian yang ingin diabadikan sepanjang hayat. Tidak hairanlah, filem-filem romantik sering menampilkan gaun pengantin yang begitu memukau hingga terus kekal dalam ingatan penonton. Rekaan busana ini bukan sahaja melengkapkan jalan cerita, tetapi juga mencipta detik fesyen yang ikonik di layar perak.

Sarah Jessica Parker dalam Sex and the City The Movie 

Siapa boleh lupa detik Carrie Bradshaw muncul dengan gaun pengantin rekaan Vivienne Westwood? Dengan potongan dramatik, skirt mengembang, serta gaya klasik namun moden, gaun ini menjadi simbol keanggunan dan keberanian watak Carrie. Walaupun kisah perkahwinannya penuh liku, gaun ini tetap dikenang sebagai salah satu busana perkahwinan paling ikonik dalam sejarah filem.

Sarah Jessica Parker yang membawa watak sebagai Carrie Bradshaw kelihatan anggun mengenakan gaun perkahwinan daripada Vivienne Westwood

Audrey Hepburn dalam Funny Face

Audrey Hepburn sememangnya sinonim dengan jenama Givenchy dan gaun pengantin yang dipakainya dalam filem Funny Face menekankan kesederhanaan elegan. Dengan potongan klasik dan garis halus, busana ini menunjukkan bahawa gaya minimalis mampu memberi impak yang abadi.

Kristen Stewart dalam Twilight: Breaking Dawn

Adegan perkahwinan Bella Swan menjadi salah satu momen paling dinanti oleh peminat Twilight. Gaun renda putih dengan potongan belakang dramatik rekaan Carolina Herrera dipakai oleh Kristen Stewart menambah elemen romantik dan magis dalam kisah cinta Bella dan Edward.

Kate Hudson dan Anne Hathaway dalam Bride Wars

Dalam filem komedi romantik ini, gaun pengantin Vera Wang dipakai oleh kedua-dua pemain utama didalam filem ini iaitu Kate Hudson dan Anne Hathaway. Gaun perkahwinan ini mencuri perhatian kerana rekaannya yang klasik, mewah dan penuh dramatik menjadikan busana ini benar-benar sesuai dengan tema perkahwinan impian yang ditonjolkan dalam filem.

Natalie Portman dalam Star Wars: Attack of the Clones

Perkahwinan rahsia Padmé Amidala dan Anakin Skywalker mungkin ringkas, tetapi gaun renda putih yang dipakai Natalie Portman cukup ikonik. Busana itu menggambarkan kelembutan serta keanggunan wataknya, sambil menambah sentuhan romantik dalam saga penuh konflik tersebut.

@threadandfantasy you'll never guess what Padmé's wedding dress is made of in Star Wars #PadméAmidala #StarWarsFashion #MovieCostume #ThriftFlip #SustainableFashion #VintageFashion #FashionHistory #BehindTheScenes #CostumeDesign #Upcycled #StarWarsFacts #FashionInFilm #FilmCostumes #PadméDress #starwars ♬ Romantic Piano - Piano

Sonoya Mizuno dalam Crazy Rich Asians

Adegan perkahwinan megah dalam Crazy Rich Asians sememangnya antara babak paling diingati. Gaun Sonoya Mizuno yang dihiasi renda halus dan potongan dramatik memberikan suasana fairy tale wedding yang menakjubkan. Ditambah dengan set perkahwinan mewah, ia menjadi simbol glamor Asia moden.

ADVERTISEMENT
Baca Artikel Seterusnya
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down