Langgan

Momen Terbaik dari Malam Paling Gemerlap Hollywood di Golden Globes 2026

Fits. Feels. Fame.
2 minit untuk membaca
Published: January 12, 2026

Golden Globes 2026 kembali mencuri perhatian dunia yang berlangsung di Beverly Hilton, Los Angeles. Malam yang sarat dengan gaya karpet merah yang memukau, ucapan pemenang yang menyentuh perasaan dan momen viral yang menjadi perbualan global. 

Malam Kemenangan Sarat Emosi

Antara detik paling menyentuh hati adalah apabila Timothée Chalamet melangkah ke pentas dengan senyuman penuh makna untuk menerima anugerahnya disambut tepukan gemuruh dan pandangan bangga dari Kylie Jenner di meja hadapan. Ucapannya ringkas tetapi jujur, menjadikannya salah satu momen paling dibicarakan malam itu.

Rose Byrne pula mencuri hati ramai dengan ucapan kemenangan yang bersahaja dan penuh humor, mengimbangi emosi dengan kejujuran yang terasa dekat. Jessie Buckley dan Wagner Moura turut menyerlah dengan kemenangan yang menandakan kematangan dan keberanian dalam pilihan peranan mereka.

Pasangan Selebriti Yang Mencuri Tumpuan

Golden Globes 2026 juga terasa seperti malam cinta Hollywood. George dan Amal Clooney membuktikan bahawa gaya klasik tidak pernah lapuk. Setiap langkah mereka di karpet merah memancarkan keanggunan dan kematangan.

Timothée Chalamet & Kylie Jenner menjadi pasangan paling hangat diperkatakan, sementara Leighton Meester & Adam Brody membawa aura romantik yang santai dan sangat effortless.

Hos, Humor & Momen Viral

Sebagai hos, Nikki Glaser berjaya mengimbangi jenaka dan kecerdikan tanpa mencetus kontroversi berlebihan. Roasting ringan terhadap selebriti Hollywood disambut gelak ketawa termasuk reaksi wajah spontan beberapa bintang yang terus menjadi meme.

Detik Di Sebalik Tabir yang Buat Kita Jatuh Cinta dengan Hollywood

Di luar sorotan rasmi, momen di sebalik tabir mencuri hati ramai. Gelak ketawa antara rakan industri, pelukan selepas kemenangan dan interaksi santai di meja makan menjadikan Golden Globes terasa lebih intim.

Kemunculan Macaulay Culkin di acara ini selepas sekian lama mencetus nostalgia, sementara tetamu cilik, Duke McCloud, secara tidak sengaja menjadi bintang media sosial dengan pose comelnya di karpet merah.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down