
Tanpa secawan kopi di waktu pagi, pasti anda terasa bagaikan tidak bernyawa. Namun bayangkan pula jika anda melangkah masuk ke HWC Coffee pada waktu pagi, disambut dengan haruman kopi segar dan kecomelan Azuki-san. Kawaii overload! Kolaborasi eksklusif HWC Coffee x Azuki ini pastinya membangkitkan semangat, menceriakan dan malah, mencuit hati dengan kecomelannya. Ini merupakan satu pengalaman yang pasti menggembirakan buat peminat kopi dan penggemar kucing.
Siapa sebenarnya Azuki?
Azuki-san merupakan seekor kucing Siamese berwatak tenang, lucu dan ‘chill’, hasil ciptaan ilustrator Jepun terkenal, Nobeko. Mula mencuri perhatian ramai sebagai kucing rumah melalui komik, Azuki menawan hati peminat dengan rutin santainya, ekspresi muka yang kelakar dan juga tabiat yang sangat relatable dalam kehidupan harian manusia. Kini, Azuki bukan sekadar watak comel, tetapi telah berkembang menjadi jenama IP terkenal dengan pelbagai barangan rasmi – termasuk patung lembut, komik mini, pelekat dan aksesori yang menjadi buruan pengumpul.
Dan kini, Azuki tampil dalam kolaborasi bersama rangkaian kopi istimewa No.1 di Malaysia, HWC Coffee. Para pengunjung berpeluang mendapatkan pelbagai barangan edisi terhad termasuk blind box Azuki-san, patung lembut, pelekat, komik mini dan sarung cawan edisi khas di cawangan HWC terpilih seluruh Malaysia sehingga 30 Jun. Dengan setiap pembelian minuman buatan tangan, pelanggan juga akan menerima pelekat atau sarung cawan Azuki-san (selagi stok masih ada).
Lebih menarik, beberapa cawangan turut diubah suai menjadi ruang bertemakan Azuki-san yang ‘instagrammable’ seperti di Exchange 106, NU Sentral dan The Gardens Mall. Pengunjung juga berpeluang untuk memenangi patung lembut Azuki-san edisi terhad melalui permainan interaktif ‘Spot The Azuki’ di lokasi tertentu.
Gabungan kopi berkualiti dan kecomelan Azuki-san menjadikan kolaborasi ini sesuatu yang segar, fun dan sesuai buat semua peringkat usia, terutama pencinta kopi yang sukakan kucing. Selain itu, jangan lupa untuk mencuba perisa baharu Matcha-Matcha, yang juga baru sahaja dilancarkan. Untuk maklumat lanjut, ikuti HWC Coffee secara dalam talian dan jangan lupa untuk kunjungi kedai HWC Coffee sekarang!
