Sarapan adalah waktu yang penting untuk memulakan hari anda. Terdapat banyak pilihan tempat sarapan yang menarik daripada sarapan tradisional Malaysia hingga hidangan barat yang menyelerakan dan setiap tempat menawarkan keistimewaan tersendiri. Ini adalah senarai beberapa tempat sarapan yang wajib untuk anda kunjungi!
54200 Breakfast
Bagi peminat sarapan ala barat, 54200 Breakfast adalah kedai yang serba sederhana ini menyajikan pelbagai pilihan yang menyelerakan seperti English Breakfast, English muffin, brioche dan sandwich. Tempat yang minimalis namun penuh dengan rasa, menjadikan ia pilihan tepat bagi mereka yang mencari sarapan yang mengenyangkan.
Lokasi: Au 2a Taman Seri Keramat (sukhumvit 3)
Waktu Operasi: Selasa-Ahad (Isnin Cuti) 7:30AM โ 11:30AM
@bestfoodmy RM4 Egg Brioche! One of the cheapest English Breakfast spot in KL! @54200_breakfast ๐54200 Breakfast, Jalan AU2a/15, Taman Keramat, 54200 Kuala Lumpur โฐ7.30am - 11.30am (Closed on Monday) ๐ฅ @aisyahfazli โฌ original sound - Best Food Malaysia
TGSK KL
Jika anda ingin merasai sarapan tradisional, TGSK KL adalah tempat yang harus anda singgah. Dengan menu seperti laksa Johor, lempeng, lontong, kuih muih dan banyak lagi! Setiap suapan membawa anda menikmati cita rasa asli Malaysia dan tempat ini menyajikan sarapan yang penuh dengan keunikan budaya, memberikan pengalaman sarapan yang tidak akan dilupakan!
Lokasi: Hillview Ulu Kelang
Waktu Operasi: Buka setiap hari 7:00AM โ 12:00PM
@makansedap.kl Sarapan pagi sedap KL ๐โ #tgskkl #sarapanpagi #breakfastkl #makansedapkl #klfoodie #foodiesmalaysia #makanlokal #breakfastkualalumpur #breakfastampang #sarapanpagiampang #breakfasthunting #cafehopkl #cafehoppingmalaysia โฌ Nikmati Perjalanannya - Chintya Gabriella
Chanai & Chaya TTDI
Hidangan dari Chanai & Chaya menyajikan roti canai, tosai, apam, dan pelbagai pilihan makanan yang lain, tempat ini merupakan pilihan terbaik untuk mereka yang menyukai masakan India pada waktu pagi. Tambahan dengan suasana yang meriah di pasar pagi menambah keseronokan dalam menikmati hidangan yang lazat ini.
Lokasi: Pasar Besar TTDI
Waktu Operasi: Selasa-Ahad (Isnin Cuti) 6:00AM - 3:00PM
@jenjenjengg_ We forgot to try their Thosai!!! Anyways love the vibe here, food is good people are friendly. Definitely a good spot for morning breakfast date. ๐Chanai & Chaya, Pasar TTDI (Halal) #appam #malaysianfood #indiancuisine #klfoodie#foodiekl #foodie #foodies #foodielife #grandma #grandmarecipe #patti #kari #thosai #viralreels โฌ original sound - thejentomorrow - jenjenjengg_
Kopiholic
Untuk peminat kopi dan sarapan ala kopitiam, Kopiholic adalah destinasi yang tidak boleh dilepaskan. Menawarkan pelbagai hidangan berasaskan kopitiam klasik seperti roti bakar, telur separuh masak dan banyak lagi. Dengan suasana yang santai, ia adalah tempat yang sempurna untuk bersarapan sambil menikmati secawan kopi yang menyegarkan.
Lokasi: Taman Desa, KL
Waktu Operasi: Buka setiap hari 8:30AM โ 9:30PM
@kerpokfoodie Mee kari memang TERBAIK! ๐Kopiholic, Taman Desa KL #kopitiam #sarapan #breakfast #cafehuntingmalaysia #klfoodie โฌ bunyi asal - fnd272
Rumah Kuning
Rumah Kuning yang terkenal dengan hidangan unik mereka iaitu roti sarang burung. Roti yang lembut dan beraroma ini disajikan dengan cara yang sangat menarik dan memberikan rasa yang berbeza dari hidangan sarapan biasa. Suasana kampung yang tenang juga menambah keistimewaan tempat ini, menjadikannya pilihan tepat untuk memulakan hari dengan penuh ketenangan.
Lokasi: Kampung Baru
Waktu Operasi: Buka setiap hari 6:00AM - 3:00PM
@shushimayo Port Breakfast di tengah bandar Kuala Lumpur korang!๐ ๐Rumah Kuning, Jalan Raja Abdullah Kuala Lumpur #roticanai #breakfastideas #kualalumpur #foodie โฌ original sound - Kisheyy Elle
Hening
Bagi mereka yang mencari pengalaman sarapan yang lebih mewah namun tetap dengan sentuhan tradisional, Hening adalah pilihan yang tepat. Menyajikan makanan tradisional Malaysia dengan gaya yang lebih elegan, tempat ini menawarkan hidangan sarapan yang lazat bersusasanakan didalam rumah sesuai untuk mereka yang ingin menikmati sarapan dalam suasana yang lebih santai.
Lokasi: Lorong Damai 1, Jalan Damai, KL
Waktu Operasi: Setiap Hari 8:00AM โ 6:00PM
@tastedbyangel ๐Hening , Kampung Datuk Keramat KL Best place for breakfast in KL! Highly recommended to try their roti sarang burungโญ๏ธโญ๏ธโญ๏ธโญ๏ธโญ๏ธ Open everyday 8am-6pm โญ๏ธโญ๏ธโญ๏ธโญ๏ธโญ๏ธ #cafehuntingkl #breakfastspotkl #klfoodie โฌ tip toe - my playlist

