Langgan

The Booker Prizes Umum Senarai Panjang Finalis

13 Karya fiksyen bakal dinilai sebagai naskhah sastera terbaik.
2 minit untuk membaca
Published: July 29, 2026

Meraikan dunia sastera yang semakin menarik perjalanan dan penceritaannya, Booker Prize 2026 mengumumkan 13 karya fiksyen yang disenarai panjang sebelum dipilih sebagai senarai pendek. Sebanyak 163 naskhah tahun ini dinilai antara 1 Oktober 2025 hingga 30 September 2026.

Senarai panjang tahun ini menampilkan penulis dari tujuh negara iaitu Jamaica, Mexico, Turki, England, Scotland, Ireland dan Amerika Syarikat. The Disappearers karya Marlon James merupakan novel paling panjang dalam senarai dengan lebih 600 halaman. Manakala, Helen of Nowhere hasil tulisan Makenna Goodman adalah fiksyen paling pendek hanya dengan 140 halaman.

Sepanjang sejarah Booker Prize, novel pemenang paling nipis ialah Offshore karya Penelope Fitzgerald yang diterbitkan pada 1979 dengan hanya 132 halaman, manakala yang paling tebal ialah The Luminaries oleh Eleanor Catton yang memenangi anugerah itu pada 2013 dengan 832 halaman.

Senarai panjang kali ini turut menampilkan dua bekas pemenang Booker Prize. Douglas Stuart, penulis Scotland-Amerika, pernah memenangi anugerah tersebut menerusi Shuggie Bain pada 2020 dan Marlon James dari Jamaica meraih kemenangan pada 2015 menerusi A Brief History of Seven Killings. Sehingga penganjuran tahun ini, hanya empat penulis pernah memenangi Booker Prize sebanyak dua kali iaitu J.M. Coetzee (1983, 1999), Peter Carey (1988, 2001), Hilary Mantel (2009, 2012) dan Margaret Atwood (2000 & 2019).

Tiga penerbit bebas berjaya menempatkan karya mereka dalam senarai panjang, iaitu Fitzcarraldo Editions, Serpent’s Tail dan GrantaPenguin Random House mendahului senarai pencalonan dengan lima judul menerusi imprintnya, termasuk masing-masing dua buku daripada Chatto & Windus dan Hamish Hamilton, serta satu daripada Viking. 

Picador, di bawah Pan Macmillan, diwakili oleh dua judul, begitu juga John Murray, yang merupakan sebahagian daripada Hachette. 4th Estate, imprint di bawah HarperCollins, turut melengkapkan senarai dengan sebuah karya yang berjaya dicalonkan.

Menurut Mary Beard, Pengerusi Panel Juri tahun ini, “Karya agung tidak pernah lahir daripada satu formula yang sama. Kami yakin senarai panjang tahun ini menawarkan sesuatu untuk setiap pembaca. Ada yang lucu dan mengusik jiwa, fantasi distopia dan drama kekeluargaan.”

Senarai Panjang Booker Prize 2026

The Shadow of the Object - Chloe Aridjis (Chatto & Windus)
Switzy - Emma Cline (Chatto & Windus)
Helen of Nowhere - Makenna Goodman (Fitzcarraldo Editions)
The End of Everything - M. John Harrison (Serpent’s Tail)
The Disappearers - Marlon James (Hamish Hamilton)
Black Bag - Luke Kennard (John Murray)
The Renovation - Kenan Orhan (Hamish Hamilton)
May We Feed the King - Rebecca Perry (Granta)
The Palm House - Gwendoline Riley (Picador)   
The Things We Never Say - Elizabeth Strout (Viking)   
John of John - Douglas Stuart (Picador)
All Them Dogs - Djamel White (John Murray)
The Vivisectors - Missouri Williams (4th Estate)

Sumber: The Booker Prizes

 

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down