Langgan

Bonjour, Summer! Kehangatan Au Soleil Di Le Méridien Putrajaya 

Nikmati musim panas ala French Riviera hujung minggu ini.
2 minit untuk membaca
Published: July 23, 2025
Le Méridien Putrajaya

Au Soleil adalah erti sebenar percutian, menikmati rasa santai dan kehangatan musim panas ala French Riviera. Dan kini, semangat Au Soleil itu dibawakan ke Le Méridien Putrajaya dengan pembukaan Poolside Bar berkonsepkan suasana tropika. Bayangkan koktel segar di tangan sambil menikmati alunan muzik ketika golden hour. Bukan sahaja menenangkan, malah it’s that perfect natural glow moment for your Instagram!

Le Méridien Putrajaya

Inilah masa terbaik untuk melupakan beban kerja seketika dan menikmati gaya hidup santai penuh elegan, tanpa perlu meninggalkan Malaysia. Sama ada untuk staycation romantik, sesi bonding bersama keluarga atau escape solo yang menyegarkan, hujung minggu musim panas anda bermula di sini. Berikut adalah cara untuk menikmati 100/100 keseronokan di Le Méridien Putrajaya;

Au Soleil Stay

Bangun dengan sapaan cahaya matahari yang menyinari lembut ke dalam bilik, sambil masih berbaring di atas katil yang empuk dan selesa. Kemudian, mulakan hari dengan sarapan lazat untuk dua orang, sebelum memanjakan diri dengan satu skop gelato atau sorbet istimewa daripada Le Scoop by Le Méridien. Bagi ahli ELITE Marriott Bonvoy pula, nikmati sambutan eksklusif bersama sparkling rosé yang menyegarkan. It’s the kind of sweet weekend escape we all need.

Le Méridien Putrajaya

Au Soleil Afternoon Tea

Jika anda gemar menikmati makanan dalam suasana estetik dan tenang, Afternoon Tea di Latitude 02 adalah pilihan sempurna! Pelbagai hidangan manis dan savoury disusun indah - sesuai untuk sesi santai bersama pasangan atau waktu me-time di tepi kolam. Setiap gigitan membawa anda lebih dekat kepada vibe musim panas ala tropika!

Permainan Klasik Musim Panas

Musim panas tak lengkap tanpa elemen fun & games! Cuba permainan klasik seperti backgammon gaya pantai, tic-tac-toe, catur dan set jenga moden. Aktiviti ini pasti mencipta detik gelak tawa yang bakal menjadi memori indah.

Jika anda sedang merancang percutian hujung minggu tanpa perlukan pasport, Le Méridien Putrajaya bersedia untuk menerbangkan anda ke dunia musim panas Au Soleil. Siapkan baju renang, kamera dan layari www.lemeridienputrajaya.com untuk maklumat lanjut.

ADVERTISEMENT
Baca Artikel Seterusnya
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down