Langgan

Stail Selebriti Kami Love: Fazura, Ikon Fesyen Malaysia

A true fashion icon.
1 minit untuk membaca
Published: September 13, 2024

Tampil berhijab tidak bermakna ia menjadi kekangan untuk berfesyen. Lihat sahaja bagaimana ikon fesyen Malaysia, Fazura mengayakan stail modest, tapi masih tampak stylish dan effortless. ELLE himpunkan tip-tip untuk tampil bergaya ala Fazura.

Padanan topi bersama hijab

Fazura merupakan antara selebriti terdahulu yang menggayakan trend padanan topi bersama hijab. Stail ini bukan sahaja cool, tapi ia juga menyuntik gaya streetstyle kepada persalinan yang lebih formal. Love it!

Gaya layering black on black

Sesuatu tentang rona hitam yang menerbitkan aura misteri tapi chic. Fazura mengekalkan stail cool-girl dengan mengenakan kasut sneakers Nike Air Jordan 1 untuk kelainan daripada kasut tumit tinggi.

Percikan rona merah

It's a red moment, but keep it casual. Walaupun rona merah menyala mungkin sedikit keterlaluan buat sesetengah orang, namun jika kena gayanya, anda boleh tampak rileks bersahaja. Padu padankan bersama jeans denim untuk melengkapi gaya keseluruhan.

Cermin mata pemanis wajah

Tingkatkan game fesyen anda dengan aksesori wajah yang mampu merubah gaya plain Jane jadi lebih cool. Pastikan anda mencari bingkai cermin mata yang sesuai dengan bentuk wajah anda, dan clear oversized glasses antara stail kegemaran ramai buat tahun ini.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down