Langgan

Space Odyssey: Inspirasi Angkasa Lepas Menyusup ke Dunia Fesyen

Fesyen mengejar bintang pada musim ini. Susie Lau meneroka bagaimana cakerawala dapat menawan hati semua, termasuk pemain utama industri
Oleh | TERJEMAHAN Hizral Faiz Rozeman
4 minit untuk membaca
Published: April 20, 2026
angkasa lepas
Sumber: Launchmetrics Spotlight

Pada bulan Oktober yang lepas, semasa hari kedua terakhir pada bulan fesyen, badan saya menggigil menggeletar saat menjejaki Grand Palais di Paris. Matthieu Blazy akan menampilkan koleksi sulungnya bagi Chanel sebagai pengarah kreatif yang ketiga untuk rumah fesyen itu selepas Coco Chanel sendiri. Sebagai peminat fesyen, momen ini terukir agung di minda saya. Namun, apabila melangkah masuk ke dalam ruang acara yang megah itu dan berdepan dengan sinaran sistem suria berserta sfera gergasi yang tergantung dan lantai seakan-akan onyx di bawahnya, menjadikan detik bersejarah ini lebih lagi mengagumkan. Melihat ekspresi muka terpesona di sekeliling saya, bukan saya sahaja yang seolah-olah kembali kepada usia lima tahun. Matthieu telah mendalami sesuatu yang sejagat bagi kami semua untuk berhubung. “Kami semua memperhatikan langit yang sama dan saya berpendapat bahawa ianya memupuk emosi yang sama dalam kita semua,” katanya. Bijak sekali, set itu juga berkait semula dengan minat Coco Chanel kepada bintang-bintang. “Saya suka kesemuanya yang di atas: langit, bulan, saya mempercayai bintang-bintang,” dia pernah berkata dulu. 

angkasa lepas
Sumber: Launchmetrics Spotlight

Pada masa yang penuh ketidakpastian ini dengan berita palsu, kesangsian ke atas politik arus perdana, gimik media sosial dan sebagainya, semestinya kita semua mengunjurkan harapan ke angkasa lepas, ketidakpastian akhir bagi hampir kita semua.

Apabila planet kita sendiri menghadapi masa depan yang tidak boleh dijangka, daripada konflik ke perubahan iklim, minat ke atas angkasa lepas ini tiba tepat pada masanya. 

angkasa lepas
Sumber: Launchmetrics Spotlight

Titik permulaan yang paling jelas adalah astrologi: aksi menilik bintang telah menjadi rutin harian, dengan aplikasi seperti Co-Star mengumpul 30 juta pengguna berdaftar dan pasaran astrologi dunia dianggarkan mencapai $22.8 billion menjelang 2031.

Dalam sastera dan filem, naratif tentang angkasa lepas berubah selari dengan perkembangan penyelidikan aeronautik, teknologi angkasa lepas dan kesedaran lebih meluas ke atas apa yang wujud melampaui planet kita.

Kita telah meninggalkan cereka bencana mustahil dan penaklukan makhluk asing dari filem tahun 90-an  seperti ‘Armageddon’ dan ‘Independence Day’. Kini terdapat interpretasi planet jauh yang lebih fantastik seperti di ‘Dune’, dengan bahagian tiga dari trilogi filem itu dalam produksi, ataupun interpretasi realistik misi di atas pesawat angkasa lepas yang kerosakan, termasuk filem akan datang, adaptasi ‘Project Hail Mary’, karya penulis sci-fi, Andy Weir. Dalam ‘Orbital’, novel pemenang Booker Prize karya Samantha Harvey pula, sebuah perkampungan di luar angkasa membabitkan enam angkasawan menyoalkan kewujudan ketika mereka mengorbit Bumi. “Kerana siapakah yang boleh melihat serangan neurotik ke atas planet dan menampakkan kecantikannya?” tulis Harvey. “Dan sekarang kemungkinan bangsa manusia berada dalam fasa akhir remaja yang menyiksa diri dan nihilisme.” Membaca ‘Orbital’ bagaikan berapungan seketika dalam kawasan kosong graviti di atas diri sendiri dan memperhatikan fitrah manusia dalam bentuk paling baik dan jahat, dengan penjauhan dan kesedaran diri yang kita perlukan sekarang.

Aksi "Rebellious Whimsy" Dalam Dunia Fesyen

Dalam dunia fesyen yang mengalami ketidakpastiannya sendiri beserta fluks dengan pengarah kreatif baharu dari semua rumah fesyen besar, menjadikan angkasa lepas seperti aksi “rebellious whimsy”. Percayalah Thom Browne untuk menghantar model-model berkepala alien ke atas pentas peragaan untuk Musim Bunga/Panas 2026 sambil meneroka penghujung antara had biasa dan had luar biasa. Angkasa lepas dan kemungkinan yang tak terkira di luar sana pada asasnya juga seronok! Seperti energi riang yang serba hadir pada pertunjukan fesyen Chanel yang dipenuhi planet menyentuh jiwa kanak-kanak dalam diri kita adalah cara fesyen mengubati rasa lesu dalam industri.

Sumber: Prada

Pada tahap lebih pragmatik, angkasa lepas memberi peluang bagi fesyen untuk meneroka sesuatu yang benar-benar baharu. Pada tahun 2023, Prada dengan kerjasama Axiom Space mereka bentuk pakaian angkasa bagi Artemis III NASA. Misi bersejarah yang dijadualkan pada tahun 2027, menandakan misi pendaratan bulan berserta anak kapal yang pertama sejak Apollo 17 pada tahun 1972.

Mendekati Angkasa Lepas Ada Baik dan Buruknya

Apabila Blue Origin suborbital Flight berlangsung awal tahun ini, ia dikritik, bukan sahaja kerana kru yang terdiri daripada semua wanita himpunan Lauren Sánchez itu dianggap hampa. “Angkasa lepas akhirnya akan menjadi glam,” kata Katy Perry, salah seorang penumpang penerbangan itu. Patutkah angkasa lepas dihuraikan dengan begitu lincir? Lebih-lebih lagi di pertengahan krisis kos kehidupan, Sánchez dan rakan-rakannya menunjuk-nunjuk jelajah angkasa lepas yang dibiayai tunangnya ketika itu Jeff Bezos yang juga salah seorang individu terkaya dunia, sah-sah ia kelihatan kurang peka.

angkasa lepas
Sumber: Orbital Assembly

Komodifikasi zon orbit bumi rendah pantas menjadi realiti dengan dua projek, Voyager Station dan Pioneer Station, menyasarkan untuk menjadi tempat penginapan mewah pertama di atas planet kita. Ini adalah keinginan mengembara yang berkelampauan. Sambil ada yang mengangkatnya sebagai pendemokrasian angkasa lepas, nampak gayanya, penghujung sempadan ini telah menuju ke arah percutian destinasi mesra Instagram yang diingini di Bumi telah menjadi: dijajah dan dikomersialkan.

Misteri membayangkan angkasa lepas semata-matanya adalah perkara paling menarik tentangnya. Matthieu mengungkap dengan bijak: “Apa yang menjadikan angkasa lepas begitu sejagat dan berkekalan dalam minda kolektif kita adalah semua orang boleh mendongak ke langit malam dan merasakan sesuatu yang lebih besar daripada kita semua.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down