Langgan

Sneakers SZN… Daripada Dior Yang Mereplikakan Prototaip, Sehinggalah Coach Yang Tular Dipakai Bella Hadid

Sniker kembali musim ini. Tersenarai sebagai item mesti milik.
2 minit untuk membaca
Published: March 24, 2025

Musim sneakers merajai dunia trend sekarang? Barangkali ada benarnya. Terlihat Ameera Khan, malah Bella Hadid pun sudah menyarung sniker, umpama menyungguhkan fakta bahawa it’s time to put on your sneakers. Dan padankan ia dengan apa-apa sahaja penampilan!

sneakers

Rentetan throwback yang memekat dalam kepala, menguit rasa untuk menonton dokumentari tahun 2007 ‘The September Issue’ baru-baru ini. Tiba-tiba babak Nicolas Ghesquiere memperolok-olok orang Amerika menggayakan gaya kerja dengan sepasang kasut sniker membekas dalam ingatan. Kedengaran kelakar, kelihatan pelik namun mundar laju ke masa sekarang… tiada yang pelik pun fasalnya. 

Apalagi kini adalah sneakers SZN! Tambahan pula, sekarang gaya-gaya sniker low cut membanjiri pentas peragaan musim bunga/panas 2025 dengan siluetnya yang semakin slimmer. Integrasi sniker dengan apa jua penggayaan mencetuskan sinergi. Ia menelanjangi keanehan, sebaliknya mengubah pandangan kita tentang padanan sniker. Ada sahaja yang berani memadukan sniker dengan sepasang sut, ada juga yang cuba berkompromi, bereksperimentasi menggayakan sniker dengan dress. Terpulang, kreativiti itu subjektif. 

sneakers

Dior buat pertama kalinya memperkenalkan sniker D-Sketch untuk musim bunga/panas 2025 yang menampilkan kesenian di balik pembuatan – sebagai feature utama kasut ini. Siluetnya vintaj, dengan daya tarikan klasik dan gabungan kontemporari, sniker D-Sketch menerokai aspek ‘work in progress’ yang sarat corak kesan contengan lakaran. Seolah-olah mereplikakan kasut prototaip. Ciptaan kasutnya diperbuat daripada dua material utama yakni nilon dan material kulit bertekstur, dengan konsep gaya double lacing serta signature ‘Christian Dior’. 

Soho Sneakers daripada Coach, yang dipopularkan oleh Bella Hadid, muncul dalam medan fesyen ketika mula-mula dipersembahkan di atas pentas peragaan musim bunga 2025. Lingkungan warisan kraf jenama menjadi ilham rekaan Soho Sneakers. Merangkakan ia dengan dinamik ekspresi generasi masa kini, lantas menterjemahkan citra tak makan dek zaman dan versatile. Ia meminjam stail sniker era 80-an serta 90-an, diperbaharui rupanya untuk menjadi persilangan antara kreativiti dan estetika peribadi.

Sneakers SZN is in, sniker-sniker musim bunga/panas 2025 yang mesti dimiliki

sneakers
D-Sketch daripada DIOR
sneakers
Soho Sneakers daripada COACH
CELINE
LV Sneakerina daripaa LOUIS VUITTON

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down