Langgan

'Showtime' Membuka Tirai Kepada Adegan Fesyen Mewah

Now showing!
3 minit untuk membaca
Published: September 17, 2026
Jaket, gaun, seluar, topi ushanka dan subang (dikepit pada lapel jaket), kesemuanya daripada MIU MIU

Cahaya dipadamkan, babak baharu pun bermula. Suganya dan Beeya S mengambil pentas sebagai watak utama, menceritakan naratif koleksi Musim Luruh/Dingin 2026 menerusi fasa yang mencapai titik kematangan.

Berlatarbelakangkan sebuah panggung wayang gambar, ELLE menampilkan lembaran fesyen isu September 2026 dalam suasana sinematik yang sarat dengan campuran aura feminin, siluet tegas dan sentuhan dramatik. Seperti sebuah filem, setiap gaya membawa adegan yang berbeza.

IN THE SPOTLIGHT

Definisi kemewahan dan keanggunan yang sebenar. Buat wanita yang tidak gentar dan sentiasa menjadi tumpuan.

Dari kiri, Suganya: Jaket, kemeja, skirt, beg dan kasut tumit tinggi, kesemuanya daripada CHANEL. Beeya: Gaun, anting-anting, gelang cuff dan kasut tumit tinggi, kesemuanya daripada CHANEL

BABAK PERTAMA

Helaian sama, ditata dalam interpretasi berbeza. Bukti bahawa satu helaian mampu menterjemahkan pelbagai perasaan.

Dari kiri, Beeya: Gaun daripada MICHAEL KORS. Subang, gelang cuff dan cincin daripada SWAROVSKI. Suganya: Jaket daripada ALLSAINTS. Gaun daripada MICHAEL KORS. Subang daripada SWAROVSKI. But milik penata gaya

WATAK UTAMA

Pengolahan ekspresi romantik yang disulam dengan sentuhan gothic. Seolah-olah mencipta watak utama untuk sebuah babak dramatik.

Gaun dan kollar daripada FENDI

ADEGAN TERSEMBUNYI

Eksperimen botani dalam tafsiran kontemporari yang berakar kukuh pada warisan. Hadir di luar jangkaan lalu mekar dengan sepenuhnya!

Dari kiri, Beeya: Blaus, skirt, beg, kasut tumit tinggi, subang dan kerongsang (pada kolar blaus) kesemuanya daripada DIOR. Suganya: Blaus, skirt, kasut tumit tinggi, subang, rantai dan pin hiasan (pada blaus), kesemuanya daripada DIOR

CREDIT SCENE

Berani mencabar struktur asal, pola dimanipulasi untuk mencipta siluet segar dan tidak konvensional. Unik! Tanpa ragu lagi.

Jaket, skirt dan beg daripada FERRAGAMO. Subang milik penata gaya

PERTENTANGAN PERSPEKTIF

Siluet tailored serba minimal menzahirkan quiet power menerusi dua sisi yang bertentangan, namun saling melengkapi.

Dari kiri, Suganya: Jaket, weskot dan seluar daripada BOSS. Kasut tumit tinggi daripada MANOLO BLAHNIK. Rantai dan anting-anting daripada SWAROVSKI. Beeya: Jaket dan seluar daripada BOSS. Rantai daripada SWAROVSKI. Kasut leper daripada MANOLO BLAHNIK

DIRECTOR’S CUT

Antara keselasaan dengan glamor, tercipta gaya yang menandakan kematangan usia. Disempurnakan juga dengan keyakinan diri.

Dari kiri, Suganya: Blaus tube, skirt dan kasut leper daripada EMPORIO ARMANI. Subang dan seluar sendat milik penata gaya. Beeya: Gaun daripada EMPORIO ARMANI. Subang dan kasut tumit tinggi milik penata gaya

CLOSE-UP

Palet rona gelap menjadi kanvas utama, sementara aksesori berkarakter menyuntik tenaga dan dimensi positif pada keseluruhan gaya.

Jaket, seluar, beg dan kasut tumit tinggi, kesemuanya daripada LOUIS VUITTON

PSSST…

Jiwa muda yang bebas bereksperimen. Tidak gentar menyarung apa sahaja kerana keyakinan menjadi aksesori utama yang menyempurnakan setiap gaya.

Dari kiri, Suganya: Baju panas renda, beg clutch dan beg charm daripada KATE SPADE NEW YORK. Rantai dan gelang daripada SWAROVSKI. Beeya: Gaun, jaket, anting-anting dan cincin, kesemuanya daripada KATE SPADE NEW YORK

FINAL ACT

Ragam tekstur menghidupkan permainan visual yang memikat walau dalam rona senada. Sekali gus membangkitkan rasa ingin tahu dan tanda tanya.

Kot trench, kemeja, seluar sendat dan kasut kulit, kesemuanya daripada BOTTEGA VENETA. Subang milik penata gaya

NOW SEATING

Calm and unbothered. Eksplorasi seni lapisan bersama rona-rona berani yang mencuri perhatian. 

Dari kiri, Suganya: Gaun dan jaket daripada LONGCHAMP. Cermin mata hitam BALENCIAGA daripada KERING EYEWEAR. Beeya: Jaket dan baju berkolar daripada LONGCHAMP. Cermin mata hitam GUCCI daripada KERING EYEWEAR.

MATA TERTUMPU

Meneroka struktur rekaan menerusi pertembungan helaian lembut dan berstruktur. Permainan karakter antara sisi feminin dan sisi tegas.

Dari kiri: Suganya: Gaun daripada TORY BURCH. Cermin mata GUCCI daripada KERING EYEWEAR. Kasut tumit tinggi daripada MANOLO BLAHNIK. Subang daripada SWAROVSKI. Beeya: Jaket dan skirt daripada TORY BURCH. Cermin mata MONTBLANC daripada KERING EYEWEAR. Subang, rantai dan gelang daripada SWAROVSKI


Penyelaras & Penataan Gaya Athirah Zahra Arahan Seni Iera Nadzlim Pembantu Penataan Gaya Hizral Faiz Rozeman dan Nurhani Natasha Fotografi Bibo Aswan Dibantu Oleh Ammar Farhan & tbc Solekan Chufan Dandanan Mei Choi Model Suganya / The Models Lab KL & Beeya S / Attitude Models & Production Lokasi GSC EkoCheras Mall

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down