Artis masyhur Pablo Picasso said it best— “Colors, like features, follow the changes of the emotions.” Teori warna adalah alat yang cukup berkuasa yang boleh kita gunakan untuk memanipulasikan minda. Ia boleh serta-merta menetapkan mood, menyampaikan emosi dan memberi inspirasi. Mari ketahui pilihan warna daripada ELLE yang anda boleh gunakan untuk memberi impak ragam yang lantang!
Mood Tenang
Jika anda cari mood yang tenang, anda boleh kenakan warna hijau, perang dan biru. Perasan tak bahawa semua warna ini berkaitan dengan alam semula jadi? Biru menyerupai langit dan laut, manakala hijau dan perang menyerupai hutan. Tona-tona alam ini memberikan efek grounding kepada pemakai. Hebat bukan?

Mood Konfiden dan Sensual
Warna merah dan hitam memberi kesan yang cukup powerful bagi setiap pemakai, menjadikannya warna yang sesuai jika anda inginkan dos tambahan buat keyakinan diri. Merah dan hitam secara universal mengeluarkan aura konfiden dan sensual, terutama jika dipasangkan dengan fabrik satin atau fabrik mendakap tubuh. Cukup mempesonakan!

Mood ceria, bersemangat dan konfiden
Pernah tak anda terfikir kenapa kon jalan bewarna oren dan bukan warna lain? Ini kerana warna oren, kuning, dan merah jambu disekutukan sebagai warna yang menarik perhatian ramai! Pakaikan warna-warna ini jika anda berasa ingin mengeluarkan sisi ekstrovert. Sesuai sekali untuk parti!

Mood kreatif
Fikirkan setting spray daripada Urban Decay, pemerah pipi lavender daripada Yves Saint Laurent, dan bedak ube daripada Huda Beauty. Apa titik persamaan antara ketiga-tiganya? Jika anda fikirkan warna ungu, jawapan anda betul! Warna ungu sentiasa memekarkan mood yang kreatif. Jadi kalau anda sedang mengalami creative block, cuba pakai warna ungu. Nampak comel serta bijak.

Tidak dinafikan bahawa rona dan ragam berkait rapat. Walaubagaimanapun, perkaitan ini adalah lebih kompleks seperti faktor, cara dan tona warna yang digunakan. Perniagaan di seluruh dunia menggunakan psikologi warna untuk kelebihan mereka, dan yang menarik, anda juga boleh melakukannya! Buat penyelidikan sendiri yang lebih lanjut untuk menyampaikan mesej, emosi dan perasaan yang betul. Selamat mencuba!