Pantone membidik pandangan kita kepada rona putih sebagai ‘Pantone Colour of The Year’ untuk tahun yang mendatang. Secara spesifiknya, rona tersebut adalah PANTONE 11-4201 Cloud Dancer. Kedalaman makna rona putih Cloud Dancer ini adalah melambangkan kelapangan serta ketenangan di kalangan masayarakat yang menghargai kesunyian yang berbangkit daripada suatu menungan.

Ia merupa putih kinantan atau putih suci. Asosiasi Cloud Dancer ini dihubungkan dengan aspek kelembutan, yang mengundang rasa damai dan relaxation. Seakan-akan akal kita menerawang jauh untuk berkreatif. Hmm… inilah gambaran yang dikongsi oleh Pantone tentang rona yang bakal menjadi ikutan tahun hadapan.
Hal in tak terhindarkan daripada daripada persoalan. Ada yang menyoal, “Putih considered sebagai warna?” Jawapannya, ya.
Seperti yang sudah dijelaskan kepada CNN, pemilihan rona tahunan ini pada dasarnya melihat kepada peralihan budaya, isu politik dan rujukan gaya. Keberpecahan aspek ini berkecambah menjadi perpaduan idea yang menirus kepada ideologi warna dan berkesudahan dengan penamaan. Jelas Laurie Pressman, Timbalan Presiden Pantone, “Pemilihan nama rona amat penting. Kerana nama mencerminkan sesuatu rona, yang memalingkan bayangan kita kepada binaan imej yang terkait dengan nama tersebut.”
Menyemangati rona putih ini sudah terlihat menghiasi pentas musim bunga/panas 2026. Contohnya Matthieu Blazy di Chanel dan Jacquemus, antara yang sudah mendukung idea rona putih. Malah Jonathan Anderson untuk Dior yang baharu turut menjadikan rona putih sebagai pilihan trend.
Kendatipun begitu, bertolak daripada hal Pantone menjadikan putih sebagai rona tahunan 2026, tak lupa juga yang ia mengundang ‘cercaan’ orang ramai. Terutamanya di Instagram, serta di Threads yang menjadi medan pertempuran umum tentang penggazetan Pantone ini. Ada yang kurang berpuas hati dengan pemilihan ini, kerana serasa ia tidak memberi impak apa-apa.

Kata-kata umum tentang pemilihan Pantone di Threads
Restoran Applebees berseloroh di Instagram rasmi Pantone, mengatakan, “Our house-made ranch finally getting it's flowers.” Tak ketinggalan juga yang menukar aspek pemilihan ini dengan bauran politik. @brooke.talks.politics di Threads melabelkan pemilihan rona putih ini dengan ungkapan, “Apparently Pantone’s color of the year judge panel is Stephen Miller, Sydney Sweeney and whoever is the KKK grand wizard these days.”
Bagaimana dengan anda pula? Setuju dengan pemilihan Cloud Dancer sebagai rona tahunan 2026? Untuk merancakkan lagi reaksi, berikut adalah antara pandangan umum di Threads yang mencuri perhatian kami.






