Langgan

NYFW SS25: Americana Klasik Mendapat Sentuhan Baru di Coach

Pengarah kreatif Stuart Vevers menyegarkan semula siluet ikonik dengan sentuhan santai.
2 minit untuk membaca
Published: September 13, 2024

Minggu ini, Coach mengadakan runway Musim Bunga 2025 di atas bumbung New York High Line, berhampiran ibu pejabat jenama tersebut. Pengarah Kreatif, Stuart Vevers, menjadikan koleksi ini sebagai penghormatan kepada industri fesyen Amerika secara keseluruhan, dan khususnya, kota New York. Pembukaan pertunjukan menampilkan seluar beige berpotongan kemas yang dipadankan dengan interpretasi mewah T-shirt pelancong ikonik 'I Heart NY', disertai knit yang bergaya, distressed, dan deconstructed, bersama seluar kulit.

Vevers menekankan matlamat utamanya untuk musim akan datang, iaitu “menemukan semula klasik Amerika melalui perspektif baharu,” dengan mengambil motif Americana yang dikenali dan memberikannya sentuhan muda dan segar. Contohnya, blazer biru navy yang biasanya melambangkan gaya preppy Amerika, ditawarkan dalam siluet oversized dengan fabrik kapas ringan dan garis halus, dipadankan dengan pakaian kulit yang santai dan kasut but chunky, memberikan kontras yang menarik.

Untuk menygarkan potongan klasik Chinos, Vevers Vevers memperbaharui rekaannya dengan siluet longgar yang diilhamkan oleh seluar skater. Seluar ini dipadankan dengan T-shirt putih distressed dengan slogan tulisan tangan gaya Rock n’ Roll, serta jaket bomber kulit yang serbaguna. Denim—yang kebanyakannya diambil semula daripada koleksi arkib Coach melalui program 'Re(Loved)' yang berfokuskan sustainability—diperkenalkan dalam gaya low-slung dan distressed.

Keseluruhan koleksi memancarkan aura santai yang moden. Pakaian tidur kapas berjalur dipadankan dengan jaket kulit berwarna coklat gelap, bersama oversized clutch yang dikapit secara kasual di bawah lengan. Untuk stail malam, pendekatan minimalis diterapkan melalui gaun satin babydoll dalam palet kuning lembut, biru arktik, dan ungu, disertai kasut but kulit chunky dan kot kulit berstruktur.

Koleksi Musim Bunga 2025 Coach merangkul momen budaya di mana persoalan tentang ‘identiti Amerika’ lebih relevan dari sebelumnya. Vevers mahu "mengambil blazer, T-shirt, dan chinos, lalu menjadikannya pakaian yang bukan simbol impian Amerika, tetapi yang mencerminkan realiti Amerika hari ini." Interpretasi beliau terhadap realiti ini—muda, berpandangan ke hadapan, inklusif, dan mampan—adalah sesuatu yang boleh kita semua sokong sepenuhnya.

Artis-artis Malaysia, Eyka Farhana dan Alvn Chong, bersama girl group Katseye.

Artikel diolah dari ELLE Australia.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down