Langgan

New Trend Alert: Resort Core

Trend ini menjerit "Sporty & Rich"
2 minit untuk membaca
Published: October 17, 2024

Selami trend baharu yang kini kian trending dan menjadi obsesi pencinta fesyen; Resort Core yang menangkap semangat stail vacation-ready dalam kehidupan harian dengan koleksi eksklusif dikurasikan khas oleh hotel-hotel mewah.

Resort Core 101: Bagaimana Untuk Menggayakan Trend Ini?

Less is more apabila berbicara tentang trend resort core. Sama seperti quiet luxury, resort core adalah seperti pemakaian anda apabila pergi percuti; stylish dan simple. Minimal, polos dan rona-rona musim luruh essential dalam membina wardrobe resort core. ELLE membawa anda ke semua tip-tip fesyen untuk menggayakan trend ini.

Pyjama Sofistikated

Kunci kepada cara untuk menggayakan pyjama ke luar bilik kamar anda ialah pada material dan ronanya. Satin is a big no-no! Pilih pyjama fabrik linen atau kepas dalam rona-rona neutral agar ia tidak tampak keterlaluan, dan masih fashionable. Topi baseball juga sentuhan yang menarik untuk tampil seperti ala model off-duty.

Hotel Le Bristol adalah hotel lima bintang terkenal yang terletak di tengah-tengah kota Paris dan cukup dikenali untuk dekorasi dan seni bina French elegance. Gabungan ciri-ciri klasik dan moden dalam kemudahannya membuatkan tetamu mereka sering kembali ke hotel ini. Koleksi The Bristol Society mencerminkan esen Hotel Le Bristol, dengan setiap item dalam koleksi ini menyerlahkan French flair, di kraf secara teliti dan cita rasa fesyen yang tinggi.

Beg Kanvas dan Skaf Bercetak

Beg jenis ini bagaikan beg wajib apabila para wanita pergi bercuti. But we understand why, kerana ia comel untuk bergambar dan praktikal untuk membawa kesemua item penting anda. Jadi mengapa terhadkan kegunaan beg ini apabila melancong sahaja?

Sense of Lake adalah jenama lifestyle yang mencipta koleksi kolaborasi Grand Hotel Tremezzo bersama Passalacqua, di mana ia menyambut keindahan dan keunikan Lake Como, Itali. Setiap item fesyen dan aksesori yang direka berfokuskan kepada sejarah tempat itu serta kekayaan budaya dan alam sekitarnya.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down