Langgan

DNA Bercantum, MSGM dan LeSportSac Berkolaborasi!

Himpunan integrasi musim bunga 2026 mesti milik tahun ini.
2 minit untuk membaca
Published: March 29, 2026
msgm
Kolaborasi MSGM dan LeSportSac

Merentas ke dua dunia, saling bersilang dan kedua-dua tenaga berpadu. Fesyen Amerika tak terkalahkan dengan semangat stail Itali, beriring berganding bahu mencorakkan kolaborasi yang dinanti-nantikan tahun ini. MSGM mengabadikan nilai DNA Itali ke dalam kecirian utility LeSportSac dan merevolusikan kerjasama untuk musim bunga 2026.

Barangkali ‘perjodohan’ dua jenama ini tak terhitung dalam pemikiran. MSGM adalah jenama yang mencungkil sublimasi budaya pop, kecintaan buat arena muzik serta seni dan dunia anak-anak jalanan. Manakala LeSportSac pula menerokai matlamatnya dalam memperjuangkan kepraktisan untuk komuniti urban. Namun, persamaan yang terbentuk daripada hubungan kedua-dua jenama ini adalah satu: kedinamikan rona, vivid prints or visual dan keberanian dalam memodenkan rekaan-rekaan. 

Lantaran itu, ia tidak memustahilkan sinergi antara MSGM yang dimiliki oleh Massimo Giorgetti dan LeSportSac yang diasaskan oleh The Schifters. 

msgm
msgm

Kreativiti bersemi dalam kerjasama MSGM dan LeSportSac, menampilkan sebuah himpunan yang menyatukan utilitarian dengan avant-garde. Ia mengimaginasikan semula kefungsian yang tidak berhujung daripada LeSportSac yang berkelantasan ke visual seni MSGM. Dan terhasilnya ciptaan-ciptaan khusus untuk individu-individu savvy yang menuntut kehendak kepraktisan serta stail.

20 stail rekaan yang pelbagai serta 13 siluet baharu tersedia dalam himpunan MSGM x LeSportSac. Contohnya rangkaian Micro Weekender dan Voyager Backpack, yang merupakan rekaan klasik LeSportSac namun diolah berbeza untuk menyempurnakan tema pertembungan dua DNA ini. Rona-rona blok yang segar bersama pola jacquard diperkenalkan dan ditambah butiran-butiran unik. Butiran seperti penarik zip TheMWave, charms, tali beg serta karabiner yang dilengkapi jenama LeSportSac menambah aspek kemodenan dan keberanian pada setiap ciptaan beg. 

Lantas, menjadikan beg-begnya sangat distingtif, meluarbiasakan identitinya! Sementelahan ia membuktikan komitmen LeSportSac terhadap memenangkan kefungsian yang beradun elok dengan tenaga fashion forward MSGM, menegapkan lagi citra distingtif tersebut.

msgm
ADVERTISEMENT
Topics: ,
Baca Artikel Seterusnya
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down